Showing posts with label LULU. Show all posts
Showing posts with label LULU. Show all posts
Aku selalu rasa teman lelaki aku tak cool. Contohnya, dia langsung tak pernah upload gambar kita orang keluar date sama kat FB. Yang aku nampak dia hanya pentingkan gambar dia bersama rakan-rakan berbanding dengan aku. Malah, ada satu album dia, dia letak gambar ikan belaannya. Lalu kutulis komen begini,

‘fine la U, gambar ikan boleh je u letak, gambar I takde pun’

Tidak lama selepas itu, terselit gambar aku satu. Tapi kat album ikan tu ya! Boleh? Oh! Terima kasih (nganjing). Ya, aku tau aku ‘cantik’ macam ikan.


Seterusnya, kadang-kadang aku bengkek la jugak bila status aku di FB langsung tak dihiraukannya. Jeles tau I tgk teman lelaki kawan-kawan I selalu balas komen teman wanitanya.

Maksud aku, bukan dia tak pernah langsung tapi, kalau dia nampak status baru aku apa lah salahnya dikomen juga kan. Pernah jugak, aku ‘conteng-conteng’ kat wall FB dia, haram jadah nak bagi tindak balas.

So not responsive! Bukan setakat tu, dia langsung tak pernah komen blog aku ni. Errr…pernah. Eh, tu pun sekali je tau! Kecik hati. Aku jamin weh, entri ni pun dia akan buat tak tau je. Baca memang baca, nak komen…….? Hmm..tak kannya.


Kalau part aku merajuk pulak, dia memang fail la. Yela, dah tengah merajuk aku lapar macam nak mati sekalipun kalau dia ajak makan mesti punya cakap TAK NAK punya. Bagi dia simple, aku dah tak nak, tak payah makan. Sebab tu kadang-kadang balik dating singgah drive thru McD! Tak pun makan nasi kat rumah je.

Kalau tengok wayang pun sama. Sebelum dating kemain lagi aku nak sangat tengok cerita tu. Bila dah merajuk of course la aku cakap ‘tak de mood ah nak tengok cite tu’. So, tak tengok la.


Lagi, banyak pulak keburukan dia aku nak bagi tau. Dia ni selalu harap bila dah kawin (ok, part kawin aku malu la nak cerita, tapi nak jugak cerita) dia nak aku duk rumah. Jaga makan pakai dia. Masak untuk dia. Jadi isteri solehah.

Aku tengokkan aje, kalau kita orang pergi book store, aku belek-belek buku resipi ke, aku belek-belek (yang ni sumpah malu nak bagitau) ‘Ciri-ciri Isteri Solehah’ ke, tak pernah pun dia ambik buku tu, lalu ke cashier dan membelikannya untuk aku! Tak pernah!


Hari tu laptop hasil titik peluh(Lulu nama dia) aku tu hilang. Aku ingat lagi tarikh Lulu hilang, 1 April 2010. Punya la aku nangis-nangis bagitau dia, dia rileks aje. Aku syak mesti dia ingat aku nak buat April Fool. Oh so not romantik! Pastu aku tanyalah dia, adakah dia ingat aku nak buat April Fool, dia jawab ‘Haah’..


Dah namanya perempuan kan so, kenalah pandai berkias. Banyak benda yang aku mahu tapi malu nak mintak aku kiaskan kat dia. Contohnya,

Aku : U, U pernah tak nampak I pakai jam tangan?

Teman Lelaki : Haah la, tak pernah nampak u pakai jam tangan.

Aku : Tu la, tak da siapa nak belikan.

Teman Lelaki : Ha, nanti da gaji U beli la sendiri.

Aku : Betul jugak (tp nada kecewa)


Alah, dah berkias tak dapat, aku guna direct je. Kalau agak-agak dah nak birthday aku tahun lepas, aku request la awal-awal apa yg aku nak. Macam hari tu aku nak buku Sidney Sheldon. Lalu ku nyatakan padanya aku nak buku tu, siap bagitau nama tajuk yang aku nak lagi. Cuma aku tak bagitau la nak beli kat mana. Bila tiba birthday aku, mmmmmm…sampai sekarang tak dapat.


Baru-baru ni birthday aku, aku dah malas nak harapkan apa-apa dari dia. Lantak la kau nak bagi ke tak nak bagi. Aku tak kisah (walaupun dalam hati masih mengharap kat buku Sidney Sheldon tu weeeehhhhh!!!). Malam birthday aku dia kata nak jumpa aku.

Wehooo..aku dah terbayang-bayang dah buku Sidney Sheldon tu weh. Pastu nak lagi romantik mesti dia belikan buku-buku yang dia pernah nampak aku berkenan la kaaan. 

Malam tu kita orang jumpa kat McD Meru. First-first tu dia dah suruh aku tiup lilin kan car park. Hehe, suka aku. Pastu aku jeling-jeling mana la hadiah aku. Ok! Nampak. Besar kau! Pastu dia serahkan la hadiah tu kat aku…

Aku : Apa ni?hehe..

Teman Lelaki : Semua yang U nak. Buku-buku yang U nak. Buku resipi. Apa yang U minat, semua ada dalam tu.

Aku : Sidney Sheldon’s?

Teman Lelaki : Ntah, ada kot. 

Aku : Tak nak la bukak..(orang sekeliling dah duk perhatikan aku je weh. Depa pun tak sabar nak tengok hadiah aku gamaknya)

Teman Lelaki : Orang dah bagi tak nak bukak pulak.

Ok, aku menjerit kat McD tu. Semua orang pun tau yang teman lelaki aku bagi LAPTOP!

Terima kasih Izzat. Walaupun I suka emo-emo dengan U, I suka marah-marah U, tapi U tetap sayang I. Dan dia pesan agar rajin-rajin update blog. Hahaha..OK!

Dan sebenarnya, Bila Kau Rasa Teman Lelaki Kau Tak Cool…….
Tapi sebenarnya dia sangat cool nak layan karenah kau. Nak layan kehendak kau. Nak layan permintaan kau.



p/s : yela-yela..pasni I tak tulis lagi pasal U. Nanti U malu kan dengan kawan-kawan U….
Comments: (3)
Bersua kembali. Aku kena rajin update sekarang ni. Nanti kalau tak ada orang rindu aku. Hahaha.. perasan gila!

Ok aku nak tanya, pernah tak korang aim sesuatu benda atau perkara yang korang idamkan pastu korang tekad kumpul duit untuk dapatkannya? Apa perasaan korang bila hasil titik peluh yang korang kumpul tu akhirnya dapat beli benda yang korang hajati?

Sebelum ni aku pernah tulis kat status Facebook aku lebih kurang macam ni la...."Blackberry ke Singapore, Blackberry ke Singapore....". Buat masa sekarang ni aku memang perlukan sebuah gadget yang boleh mengisi masa lapang dan jiwa kosong aku. Aku kerja shift, aku kerja kat Tanjung Karang dan aku tak ramai kawan sangat kat sini. Hidup aku kat sini sumpah boring. Ada kalanya hari Sabtu dan Ahad aku kena kerja. Aku percaya korang jugak mesti boring kalau kat tempat aku. Nak lepak mapley tak da kawan. Memang buntu la hidup sorang-sorang.

Aku memang duk menyewa kat sini. Tapi housemate aku semua keje office hour. Kalau aku kerja petang jeles je diaorg tengok aku boleh sambung tidur pas Subuh. Shift petang aku masuk pukul 2.Kalau aku shift pagi aku la yang jeles tengok dyorg bangun lewat sikit sebab aku masuk kerja pukul 7 pagi. Tu belum aku kerja malam, macam-macam budak-budak umah aku jeleskan aku. Ok fine..Tak tergugat pun.

Disebabkan kebosanan aku mulai berfikir yang hidup ni macam tak adil bagi aku. Aku perlukan kawan yang boleh dengar emo-emo aku. Aku perlukan kawan! Semua orang perlukan kawan. Kalau aku nak massage kawan-kawan aku tetiap hari, mampus la diaorg nak layan. Aku kena jugak cari sumthing yang boleh redakan tekanan aku.

Memula aku tefikir nak beli Blackberry sebab aku rasa boleh bawak g mana-mana. Tapi untuk memiliki Blackberry yang mahal itu, tidak la mampu untuk dimiliki tanpa mengumpul duit. So, aku berjimat cermat untuk meyimpan duit. Orang yang bertanggung jawab untuk memegang duit simpanan aku itu adalah Izzat. Ok kalau aku simpan sendiri maknanya tak lama la weh.

Suatu hari...Izzat ...jap (Izzat ni part time baiki laptop, advisor kalau orang nak beli laptop, gadjet mengikut kemampuan atau citarasa pelanggan)sambung balik, satu hari kawan Izzat mintak tolong Izzat jualkan laptop Dell yang pakai belum sampai setahun itu kepada mana-mana pihak yang berkenan. Pastu Izzat ni cerita la kat aku kot-kot aku berkenan di hati. Bila aku fikir-fikir balik, memang berbaloi la ambik laptop ni daripada ambik Blackberry. Aku suruh Izzat check condition laptop tu. Kalau aku check sendiri haram jadah aku nak paham..Tak paham langsung gamaknya. Aku memang buta pasal komputer. Aku ngaku!. Pas Izzat check dia bagitau condition laptop ni tiptop just LCD je ade problem sedikit. Bila aku tengok memang puas hati. Sebelum dapat laptop ni lagi aku dah berangan macam dapat kawin dengan anak raja..eh anak sultan..Up sikit. Siap ada nama lagi kau. Nak tau tak nama dia apa? Tak nak tau sudah, nak bagitau jugak! Nama laptop ni ialah Lulu...Comel kan? Hehehehehe~

Alhamdulillah, akhirnya aku dapat juga gadjet idaman kalbu..nak tengok? Tapi aku tunjuk ni bukan Lulu..mungkin sahabat handai Lulu masa di kilang dulu....

...so, korang janganla rase aku annoying bila aku rajin online...aku tak kacau korang..hahaha..Yang penting aku dapat baca blog kawan-kawan aku terutamanya ZACK ZUKHAIRY (walaupun dia bukan kawan aku,tak kisah la)...hahahaha RAZI nampaknya populariti ko makin tergugat!
(alamak, tertulis nama Razi pulak..)