Comments: (6)
Dulu aku pernah jadi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) lepas habis belajar. Itu pun atas desakan ibu sebab bosan tengok aku yang dah sebulan mengganggur-kat-rumah-tak-buat-pape. Maka, dirisik kepada semua sepupu- sepupu aku yg jadi cikgu tu, di tanya2 kot2 kat sekolah dia org ada cikgu bersalin ke, pergi kursus ke kan. Boleh la aku gantikan sebulan dua. Adoyai.Dalam hati aku berdoa mintak2 la da cikgu yang nak cari pengganti.

Satu hari sepupu aku yang cikgu tu datang rumah, membawa perkhabaran indah..( bagi ibu aku je la, bg aku azab weh).

"Bik Nol,SK Meru ada kosong.Cikgu tu bersalin.Suria mana?"

"Oh, ye ke? Nanti Bik Nol bgtau Suria. Dia kat atas, belum bangun tidur lagi tu"

"Haah. Yelah. Comfirmkan cepat kat sekolah tu eh. Kalau tak nnt PPD hantar cikgu lain."

Mak aku pun apa lagi, suruh la aku ni cepat2 apply. Hari tu jugak aku pergi sekolah tu.
Isi je borang, kerani tu suruh datang esok, terus masuk kelas untuk mengajar. Haihs..Macam tu je ke?

"Err..kak, tak da interview dulu ke? Tak kan Guru Besar tak nak jumpa dgn saya dulu?"

"Tak pe, datang je esok eh"

Esoknya aku datang sekolah tu. Aku pergi ke pejabat. Kerani tu bagi aku Buku Rekod Pengajaran Guru milik cikgu yang aku gantikan tu. Aku selak2 buku tu mcm la aku paham bebenor. Padahal aku tak tau nak buat apa lepas tu. Masuk bilik guru? Masuk kelas dan mengajar? Lokasi kelas kat mana?

Aku cuba bertanya kerani, "err kak, lepas ni saya nak kena buat apa?".

Kerani tu jawap, "lah..kan ada jadual dalam buku tu. Tengok la awak kat kelas mana skrg. Kalau tak tau kelas, pergi masuk bilik guru, tanya cikgu2 lain. Pastu syllabus subjek awak boleh tgk kat buku tu".

Aku, "GULP".Terima kasih Kak!

Hari first dah masuk kelas last. Aku masuk je......Kelas sunyi.Diam.Hening.
Seorang budak India bertanya "Cekdu..cekdu baru ka?". Aku senyum. Ketua kelas greet, diikuti murid lain. Subjek yg aku kena ajar adalah subjek Math. Aku tak da mood nak mengajar since tu hari first aku. So, aku pun bersuai kenal dgn murid2 aku tuh.

Budak-budak sekarang tak macam zaman kita dulu. Zaman sekarang aku tengok diaorg kurang respect cikgu. Aku tau aku cikgu sambilan, walaupun aku di suruh emak, tapi aku ikhlaskan niat aku mengajar bukan sebab mak shj. Hari 1st je aku dah bengang dgn diaorg. Main pemadam masa kwn yg lain tgh kenalkan diri. Bising. Bergaduh. Suka tuduh menuduh. Memang cabaran. Bila aku tanya je Math belajar sampai mana, aku pun pening. Buku text diaorg pelbagai pesen. Ada yg siap. Ada yg tak buat langsung. Aku pun tgk Buku Rekod Pengajaran tu.

Lupa pulak nk gtau. Aku mengajar darjah Lima. So, aku test diorg dengan sifir. Tak responsive lgsg! Rupa-rupanya, sifir dua pun diaorg tak hafal...Teruji bukan?

Habis kelas tu, aku takda kelas lain dah. Nak tak nak kena gak g bilik guru. Kot-kot ada cikgu yg ok. Boleh di ajak berborak dan bertanya.

Memang tak sia2 aku pergi bilik guru. Cikgu2 sekolah situ ok2 dan very helpful. Diaorg tny sama ada aku nak tak mengajar sesi petang? Sebabnya ade sorg cikgu GSTT ni nak menagajar pagi. Lagipun sesi petang kena ajar Darjah Dua. Cikgu tu kata ajar murid Darjah Dua lagi senang. "OK, fine, No hal", jawab aku.

Jadi, keesokan harinya aku datang petang. Aku kena jadi guru kelas Kelas 2 Nilam. 2Nilam ni kelas ketiga. Tapi mula2 aku masuk, muridnya jauh lagi bagus dari murid Darjah Lima semalam. Nampak je aku masuk, dia org keluarkan buku subjek yg aku ajar pada masa tu, iaitu BM. Baguskan! Tapi, seperti biasa, aku tak mengajar pun pada hari pertama. Sesi suai kenal berjalan dengan baik.

Lepas seminggu je mengajar sesi petang, aku mulai syg kat dia org. Tipu lah kalau takde yg nakal. Nama pun budak2. Tapi masih terkawal. Yang menangis2 kalau aku tak bagi dia peluang jawab pun ade. Yang nangis sebab kawan usik pun ada. Yang comel dan kelakar pun ada. Pernah sekali, diaorg bising, aku berdiri tegak, diam dan perhatikan saja gelagat dia org. Yang perasan tu mmg diam dan takut. Tapi sorang murid ni, nama dia Amin dia berdiri sambil jerit, "Korang, diam..diam..Tak nampak ke cikgu tgh marah". Fine aku tak jd marah!.

Selain ajar BM aku jugak ajar Maths darjah dua. Aku juga ajar kelas last darjah dua. Tapi subjek Maths aje. Tapi aku bias, aku lebih sygkan kelas 2Nilam. Haha, kata pun Guru Kelas!.

Kelas 2 Nilam mmg renponsive. Berebut-rebut dia org bila aku bagi soalan. Terutamanya Maths. Kecuali sorang murid. Nama dia Haikal. Dia duduk depan sekali. So, aku perasan la. Kadang2 tym aku tgh mengajar, dia boleh main sendiri. Dia laga-lagakan pensil dia sendiri. Lawan pemadam sendiri. Memang aneh. Pernah sekali, aku bagi soalan 6x6 equal to.......ha..sume berebut nak jawab. Tapi Haikal seperti biasa dgn dunianya. Aku syak dia ada Imagenary Friend.

"OK,Haikal.6x6 equal to?"

"Mmm...(sambil mengira2 jarinya), 36 teacher"

Aku musykil. Mcm ne dia boleh kira dgn jari? Lepas tu aku bagi kerja latihan kat dia orang. Aku suruh buat dalam buku latihan.

Haikal dipanggil dan aku tanya dia.
"Haikal main dengan siapa dlm kelas ni?"
"Dengan Amin", jawabnya.
"Tak, cikgu tengok Haikal suka main sorang2. Haikal ada tak 'kawan' yang Haikal sorang je boleh nampak, tapi cikgu dan kawan2 Haikal dalam kelas ni tak nampak"
Haikal tunduk. Seperti ketakutan. Dia geleng.
"Cikgu tak marah Haikal. Haikal jawab je la apa cikgu tanya ni. Selalu Haikal dengan 'kawan' Haikal tu main kat mana?"
"Kat bawah pokok rambutan. Kat depan rumah."
"Dia ikut Haikal pergi sekolah tak?"
Dia diam. Memandang sekeliling kelas. Aku cuak.

"Mmm..tak, cikgu"
"Kenapa?"
"Sebab dia sekolah lain cikgu. Dia bukan sekolah sini.Sebab tu cikgu dan budak2 lain tak pernah nampak dia".
"Errr..mmm..err..abis tu awak selalu main laga2 pensil dan pemadam dengan sapa?"
"Tak dengan sapa2. Dengan diri sendiri je".
"Owh.. Ok, pergi sambung buat latihan yg cikgu bagi ye".

Aku ketawa sendiri. Rasa bengong kat diri sendiri pun ada. Hahaha..Aku diperkotak-katikkan oleh budak umur 8 tahun. Bodoh betullah..bahahahaha..
Haikal lepas ditemuramah untuk Majalah Misteri

Tapi, pengalaman mengajar mmg fun. Seronok rasanya bila apa yang kita ajar, dia orang faham. Aku sempat tanda kertas ujian murid2 2Nilam. Keputusan dia org sgt memberangsangkan.
Maksudnya, tak hancur la budak2 kalau aku ajar. TERBUKTI!...hahaha
Dan Haikal dapat markah tertinggi dalam kelas bagi subjek Maths. 97%.

Ada lagi pengalaman aku yg jadi cikgu sebulan setengah. Antaranya aku conduct 2 Nilam ni utk pertandingan menyanyi lagu patriotik sempena bulan kemerdekaan. Comel tau anak- anak aku ni. heeee...


Comel kan mereka

Sepanjang sesi latihan.....Cikgu mereka ini sempat ambil gambar mereka..Berebut2 kau!



Ni lah antara pengalaman aku. Walaupun mula2 aku rasa tak suka tapi lama2 seronok pulak. Masa hari last aku ajar baru aku bgtau diaorg yg hari tu hari last aku..
Main-main diaorg dengan aku.." Alah cikgu tipu..." kate Amin..
Lantak korang la..Lepas je aku mintak maaf dan ucapkan kata2 terakhir dan beberapa pesanan untuk diaorg, aku keluar. Kelas sepi. Aku sebak.

XOXO-ST
*sekadar gambar hiasan
2010 akan tiba kurang dari dua hari lagi. Antara salah satu azam aku adalah TAK NAK BAWAK KERETA LAJU-LAJU.

Definisi laju bagi aku, bawak kereta lebih 120km/j..ye aku phm itu definasi lembab bg Razi..kan Razi kan..

So, mulai 24 December 2009 aku dah mula bawak kereta bwh 100km/j, walaupun nafsu gelodak merajai jiwa aku tabahkan jua. Tensen sgt bawak slow.Oleh itu lagu jiwang/slow/sentimental harus di dengar supaya seiring dan sejalan dgn pemanduan aku.

Hari pertama usaha ini di jalankan nampaknya mcm kurang berhasil. Hal ini di sebabkan aku terlewat bangun untuk pergi kerja. Tak kan la da lambat bangun aku nak bawak kereta lembab jugak. Nnt bila boss tny, tak kan aku nk bg alasan ni. Itu pun kurang seminit aku punch card..haish..

Aku tekad, balik kerja ni pasti aku bawak kurang dari 100km/j. Seperti alunan lagu di pasang di corong radio kereta aku yang lemah gemalai(sbb dengar lagu Terlanjur Cinta, bukan Hey Ladies)( bahaha..mcmne corong tu pun aku tak tau), aku bwk kereta dgn purata kelajuan 90km/j so dengan sedar diri aku pun bahagia memandu di sepanjang lorong kiri...

Bahagia sungguh sebab dpt melatih diri supaya sentiasa patuh dengan peraturan-peraturan jalan raya. Tgh aku syok2 bahagia, tiba- tiba ade satu kereta Toyota Corolla lama keluar dari simpang,masuk lane kiri dan duk dpn aku dgn kelajuan 60km/j..'Takpe..Jap lagi dia bawak 90 gak kot', desis hatiku yg gundah gulana ini. Haihs..dia nak menten dgn kejauan 60 je ke? Sbb aku tgk mcm tak laju2 je..

Ok..lorong kanan pulak mmg laju mcm haram!aku tak boleh nak potong kereta tu..Ni yg buat aku betul-betul hilang sabar. Aku cucuk kereta tu. Dia tak paham2..Tgk side mirror, lane kanan masih byk kenderaan yg laju2..Aku dah jerit da kat kereta depan tu..(tapi DALAM kereta shj ya)haha..Aku terus mencucuk..
Weh tak paham bahasa pulak kereta depan ni..So, korang rase tak ape yg aku rase mase tu... $%^&(&%$@@$$# Bengang gilerrrrr....

Tengok side mirror lagi, yezzzaaaa...clear! Kali ni aku nak potong kereta Toyota Corolla tu..Dah bengang kan, mesti nak tengok muka driver tu. Hensem sgt ke? Beromen ke ape? Ke tgh mkn nasi lemak? OKEH! bangga dpt potong..yeah..yeah..sikit je lagi nk dapat tengok muka driver tu..Tekan minyak lagi..yeah.....

Aku kenal pemandu itu.....Aku kenal sangat..Beliau adalah cikgu Add Math dan Guru Penolong Kanan SMKA Kuala Selangor masa aku belajar kat situ dulu..

Beliau adalah......CIKGU MUKHAIR.....

Oh cikgu, maafkan saya...TSK..TSK..janji tak nak pandu laju2..nak bawak 60km/j je mcm cikgu...


Haha..HOT tak tajuk entri ni. Kepala HOTak adalah..hehehe. Ni mcn nak bagi diri sendri terasa la pulak.Eh! Tak, mana ada aku terasa. Aku tak pernah curang kot. Yang dengan Aiman(hensem kan,tu la sebabnya aku ngorat dia,hensem sangat) tu aku main2 je OKEH!..Haha,itu semua hnylah mainan dunia saja ya kawan2..Iskh2, tak nak la aku curang, BERDOSA! Tak, maksudnya tambah dosa je..Kepada Encik Izzat, sila ampunkan saya.

OK! baiklah. Pernah tak korang di kelilingi orang yg suka menjalinkan hubungan lain (woi2..tak termasuk aku eh! aku kan da bg tau, aku gurau2 je ngorat si Aiman tu duh )sedangkan dia sudah berumah tangga? Atau korang sendiri pernah tak di ngorat oleh mereka yg sudah berumah tangga? Atau, korang sendiri pernah atau sedang berusaha memikat orang yang sudah berumah tangga? Eiskh2..Razi, ko jangan cari pasal. Baik ko stop la perbuatan keji ko tu..hekhekhek..

Aku pernah berdepan dengan satu pengalaman 'ngeri' di mana berlakunya perselingkuhan atau kecurangan yg melibatkan suami dan isteri orang, dan dikantoikan oleh sang suami perempuan tersebut. Biasalah, bila dah kantoi masing2 bagi ayat 'defensive'. (Kalau aku pun macam tu jugak agaknya). Alasan mereka, 'hanya kawan', 'terserempak', 'sekadar minum2','tak buat apa2'. Tapi, keadaan mereka ketika dikantoikan oleh suami mencurigakan..Berdua-duan di dalam kereta dan di tempat yg sunyi dan gelap. Haish..

Bermula dari kejadian tu aku pun berfikir ( bukan selama ni aku tak fikir) maksudnya aku cuba bermonolog dengan diri aku sendiri. Tapi aku tak gila sebenarnya. Apa yang aku fikirkan antaranya:'Perlukah, kita sebagai seorang perempuan dan lelaki yang sudah berkahwin itu berkawan, lalu keluar makan sama-sama, bergurau senda dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya, berbalas2 sms, menonton wayang dan menceritkan masalah rumah tangga masing2? Perlukah? Kolot ke aku berfikiran mcm ni???

"OKEH! Pandai pulak ko nak pertikaikan,kan Suria..HMMM..Eh! suria, cuba la ko letak diri ko kat perempuan tu. Ni baru tinggal sehari dgn Encik Izzat ko da ngorat si Aiman. Memang pervet gila la ko ni!"
*ini adalah antara salah satu monolog aku ya!

Aku juga cuba meletakkan diri aku sebagai seorang isteri yang mempunyai masalah rumah tangga atau selalu kena tinggal dgn suami sbb suami kerja kat ladang kelapa sawit, tengah hari baru balik (bodoh, tak kan ni pon dah jd masalah..haha) atau dah tak ada perasaan kat suami sebab suami tak pernah cakap 'ailebiu' sebelum tidur atau sebelum pergi kerja. Lama2 jadi bosan dengan sikap suami yang ala-ala drama Melayu. Korang tengokkan? Ala yang laki dia tak dapat bagi apa yang isteri dia harapkan. Lebih kurang macam tu la. Penat la nak explain panjang2. Pas tu kan dalam drama Melayu tu, isteri dia didatangi oleh sorang laki hensem, kacak dan bergaya dan hitam itu menawan nak berkenalan dengan dia.Ha! Macam tu la yang aku cuba fikirkan. Boleh ke di saat2 ko perlukan seseorang, tetiba dia datang tepat pada masanya dan ko menolak?. Konon2 nak berkawan, nak bertukar2 fikiran atau bendapat, lama2 lain pulak yang dia NAK..Haish..
Kalau korang la, apa keputusan yang korang akan buat? Mm..Pernah tak korang terfikir perkara ini wahai perempuan sekalian? dan juga lelaki, pernah tak korang terfikir perkara ini akan terjadi pada diri korang mahupun isteri-isteri korang? (kata ganda isteri sebab manalah tau korang kawin lebih dari satu)
*Razi, ko jgn la pulak bygkan lelaki hensem yg nak berkenalan..Gay apa?!
Adakah aku ni jenis perempuan yang mudah terpedaya dengan godaan lelaki dan syaiton nirrojim??

Pernah jugak aku terdengar, kaum lelaki ini menganggap 'women are for fun'. Sumpah, laki jenis ini patutnya wujud masa zaman Jahilliyah je! Macam cerita Gubra, yang Adlin Aman Ramli dan Sharifah Amani berlakon jadi suami isteri. Bila kantoi yang dia ada skandal lain terus jadi gabra. Boleh pulak dia kate si skandal itu bodoh. Sanggup bagi segalanya. Siap comparekan yang skandal dia tak sebijak isteri dia..WTF laki jenis mcm ni..

Pas tu, pernah tak korang terfikir 'kalau la bf aku ada skandal lain, jangan harap aku akan terima dia balik'. Pernah tak? ( Baik korang ngaku je la). Sebab aku pun berfikiran mcm tu lah!. Haha.. TETAPI...
Aku juga pernah berdepan dengan kes mcm ni.(pehal kes2 ni..POYO je). Dulu aku selalu lepak dgn kawan2 dan membincangkan isu politik dan negara, masalah ekonomi serantau dan bagaimana nak memulihkan ekonomi negara.Tidak terkecuali bergosip sesama sendiri.(aku rasa, yg ini yg betul kot). Isu berbangkit adalah isu ini ('kalau la bf aku ada skandal lain, jangan harap aku akan terima dia balik').Wah! bukan main seronok aku dan kawan membicarakan tentang masa depan seolah2 xpayah baca buku pun tak pe(sbb esoknya kami ada test). Hampir 99.9% kawan2 aku bersetuju ya, kalu bf diaorang ada skandal, diaorang tak kan maafkan. Dan boleh la cari bf lain seolah2 bf itu boleh di beli di Pasar Kedai Payang atau di Maydin Mall(sbb dulu aku belaja kat Terengganu). Baru2 ini aku ber'sms' dengan salah sorang sahabat dunia akhirat ini. Lalu membawa perkhabaran yg kurang enak didengar. Salah sorang kawan aku yang lantang menyatakan dia tak kan terima balik bf dia kalau si bf ini curang, sebenarnya bf dia dah bertunang dengan wanita (wanita???) silap2 perempuan lain. Aku terus bertanya la dgn sahabat dunia akhirat ini.. "Abes dia mcm ne? Putus la dgn bf dia tu?". Sahabat dunia akhirat menjawab sambil gelak2, "tak weh..kawan macam biasa, sbb bf dia merangkap tunangan orang itu cakap bukan dia yg nak, tapi pilihan ibu dan ayah"."OK! baiklah, sangat PERCAYA!", kataku. " Lagipun si perempuan tak nak lepaskan laki tu,dan tak boleh terima hakikat.yalah, dah lama kot diorg couple" tambah beliau. Maksudnya, kini, lelaki tersebut telah menjadikan kawan aku yg sorang itu kekasih separuh masanya!

Takut kan rasanya jika diperboohkan sedemikian rupa..Aduh! bisa gugur jantung ini ya! Kadang2, kalau isteri atau gf da setia baik punya laki buat hal. Kadang2 sebaliknya la pulak..Haish..Kadang2 dua2 dah setia, ada pulak pihak ketiga yg mengganggu gugat kesetiaan..Skandal, kecurangan, perselingkuhan dan apa2 saja yang sinonim, boleh berlaku di mana2 sahaja. Kadang2 ianya berlaku di luar kemahuan kita.
Seeloknya cuba jauhkan diri dari terjebak ke kancah yang tidak sihat ini. Perbincangan ke dua2 belah pihak amat perlu bagi mengukuhkan ikatan. Sikap taat setia dan saling mempercayai membantu perjalanan proses kasih sayang dengan penuh aman damai..Ewah2.Pandai kan taip? Ok aku dah buat rumusan karangan Bahasa Melayu ya!

XOXO -ST-
Hye..
lame sungguh aku x update blog..
tetibe datang semangat pulak..
mmm..ni gara2 g PD bersama dgn kwn2 sekolah menengah..Aku harus berterima kasih pada semua yg join sbb sama2 memeriahkan dan mengeratkan lg hubungan lama..(tidak termasuk skandal ya)

Memula aku rase trip ni mcm tak jd memandangkan kurang mendapat sambutan hangat..
Tetibe Raja Zaharah bgtau trip ni jd..So, aku pon excited la nk pergi trip ni without knowing who will join..

Tidak seperti Razi yg kelihatan kurang bersungguh2 menyertai percutian yg julung2 kalinya ini diadakan.Aku kuat merasakan trip Pd ini disebabkan kewujudan Facebook...
*sila setuju ya kwn2...setuju tak?setuju kaaaaannn...

Aku igt trip ni xlah sampai nk tidur2 kat sana..Aku bajet g pagi then trus balik hari..Owh..rupa2nya si budak laki2 nk stay kat sane...waaahhh..byk kan duit korg..

Lantas aku pun menelefon Razif de Rahim sbb nak tny betul ke jd nk tidur sane and bajet semua2 lah..Ajib pon kate yg dia dan budak2 laki nk tidur dlm kereta...HUH! tidur dlm kereta????Aku cuba membayangkan diri aku dan Saidatul Akma (Emma sudah) tidur dlm kereta dan kepanasan..

Tak pe..tak pe..aku tak sanggup tidur dlm keta.Rase tak selamat..

Aku cuba menelefon bbrpa org kawan untuk meminjam khemah..Oh! baru aku tahu, ramai org Malaysia ni ada khemah ya..(ntah2 aku sorg je yg xde khemah..haha!)
Tapi aku dapat la dua biji khemah..hehehe..
*pejodoh bilangan bagi khemah biji ke?tak bijak sungguh!
Sekurang-kurangnya aku tak lah tidur dalam kereta..hehe..

Yeah...hari yg dijanjikan bersama rakan2...19 December 2009..Mmg malam tu aku tak boleh tidur nyenyak..Yang pertama sebab esok aku kena hantar Encik Izzat ke KLIA..Pagi2 buta pkul aku dah kena bgn..Flight beliau pkul 10.00 pg..so, dia nak check in dalam pkul 7 pg..Bayangkanla aku nk bgn pkul bape..(bkn membygkan muke buruk berair liur basi eh)


ni lah pic Encik Izzat yg sdg berjalan terus tidak pandang belakang untuk melihat kekasih hati sebelum berangkat jauh... :(

Okeh..lepas hantar dia aku tak tau nak pergi mana memandangkan yg lain nak gerak ke PD pada jam 3..Gila aku nak tunggu kat KLIA dari pukul 6.30pagi sampai 3 ptg?
Takkan nak balik rumah di Meru kan? Sungguh tak bijak idea tuh!
Sedang aku berfikir2 ke mana hala tuju aku, Emma text aku..dia tny aku kat mana dan ajak aku lepak rumah dia..Owh rumah dia kat Bandar Baru Bangi ya kawan2..
Tanpa beragak2 aku pon menuju ke rumahnya..heeeee~

Pukul 3 ptg seperti yg dijanjikan Ajib pon text aku bgtau yg dia dah Gerak-Gerak Khas dan kami akn berjumpa di R&R Seremban..Masa tu aku baru je pas mkn dgn Emma (kiteorg masak same2 tau)hehe..Mmg batak gile la masak sendri..kan Emma kan..sedap pulak tu!tak percaya g tny anak buah Emma..dia pun mkn tau! Aku tgk Emma rilek je masa aku bgtau yg Ajib dan Razi dah gerak..Dia mandi punye lah lama..Tak pasal2 aku dapat online kat rumah dia..Tu yg best..Dan terjumpe Encik Izzat dlm FB chat..dia kata dia kat Taiwan..Kapal dia transit kat Taiwan sejam..Aku Tengok jam..dah pukul 3.50., aku dah mulai cuak..mmm..

"Emma..jom la cpt..aku takut dia org da sampai..nnt nak kena tggu kita lame ni"

Emma: Ok2 aku siap...

*setengah jam selepas itu baru dia siap..
hehehe..jgn marah ya Emma..

"Wooii Emma..aku agak cuak ssb aku takut diaorag da sampai.."

Razi call, "korang dah katne tu"
Aku jwb, "jap je..setengah jam lg kiteorg sampai la.."padahal baru je gerak..hahaha
Razi, "pssfftftfff"

hahahah....

Aku bawak kereta selaju yg boleh..
Alamak hai...
aku nmpk sign board 'R&R SEREMBAN 18KM'
aku tny Emma.."Ma, la..dkt je la eh?"
Emma,"haah"
"patut pun ko lambat bersiap eh?cessss"

Dan..kami pon berjumpa di R&R Seremban sebelum meneruskan perjalanan..
Kami pergi dgn 5 kereta..ramai kan..hehe..Tapi ntah la..kereta siapa ntah yg selalu ketinggalan sehinggan memaksa org yg leading (selalunya Razi la yg lead) memberhentikan kereta di bahu jln untuk tunggu si lambat..hehehehe


Razi lead..byk kereta..mgkin mereka mahu ke PD juga


sempat bergambar dalam kesesakan lalu lintas...


ha..yg ni tgh tggu si lambat tu lah..lalalala


image sebenar si lambat..hahahaha

kami pun meneruskan perjalanan seperti biasa..tp si lambat tetap lmbat dan kami meninggalkan beliau di belakang..kikikiki...jangan marah ya Musa!...

***********************************

Kami tiba di PD dalam pukul 7 mlm..ni semua gara2 kesesakan lalu lintas...mmm
kami rehat di suatu tempat sambil menunggu lagi satu kereta yg belum sampai..
ni bukan 'si Lambat' itu..tp ni geng Napex, Moox , Raja Zaharah dan SAA

Dalam pukul 7.30 diaorg sampai..kelihatan agak lewat sbb kami belum jumpa port yg sesuai untuk berkhemah...kami bergegas mencari port..

Konvoi ke PD dgn 6 buah kereta (termasuk kereta Napex) bukanla sesuatu yg mudah..
acapkali kereta2 kami terpisah antara satu sama lain..mmg selalulah kami tggu di bahu jln bg memastikan 6 buah kereta kami beratur sama2 cari port...mmg TAK lah kan...Sepeti biasa, Si Razi lah yg lead..lagaknya seperti PD ini mmg kampung halaman dia la pulak kan..
cet pppssssstttfffttt...mmmm...mmg ssh nk cari port utk perkhemahan ini..salah satu sbb mgkin kami pergi waktu cuti sekolah..bukan idea yg bijak!huhuhu..

Akhirnya kami jumpe la port yg sesuai..indah dan menarik..di lengkapi juga bilik mandi milik MDPD..(ya..esok pagi kami akn bermandi manda di pantai nan indah)
maaf..tiada gmbr dalam simpanan telefon bimbit berkamera ini..kebykn gmbr dlm simpanan kamera Emma...tanpa berlengah lagi kami pon mendirikan khemah..dan membuat bara untuk BBQ memandangkan perut kami tersangatlah lapar kau!


Napex dan Moox gigih membuat bara..


duduk bersimpuh si anak dara, si anak dara duduk bersimpuh


masih gigih membuat bara


nyum..nyum...lepas bara dah menjadi...


chef Ajib, beliau sungguh garang ya ketika memasak...hahaha..aku gurau Ajib..


Lepas makan kami sambung aktivi kami dgn beberapa game yg enjoyable dan bikin-gua-pecah-perut..mmg happening!..aku juga sempat merakamkan beberapa aksi lelaki gay yg masih available..hehehe..jgn ramah ya..eh jgn marah ya..dan tak lupa Emma cube buat aksi 'ikan paus'
Oh! sehingga kami mandi pantai aksi itu masih menjadi bahan..tak lupa juga 'kuasa cinta' eh Power Of Love Ervina dan Razi..dah la..pasni korg jadi juri je la..xaci2..hahaha


aku dah cop 'yg tengah' tu..hahahaha..wah2 mentang2 Izzat kat LA...berani lah


owh..mereka tak gay la sebenarnya..hahaha


Alamak..aku ade sikit je la gambar2 ni..yyg siang pny xde la pulak...cesssss..
mmmm..xpe2..tp sungguh seronok la g PD ni..wlupun dalam hati aku duk terigt kat Izzat yg jauh nun di sana...

Pukul 5.30 pg dia call aku sbb dia kene tahan dgn imegresen..
Punca di tahan : nama dia ade Muhammad...truk la US ni!tp Alhamdulillah, xlame pas tu dia dibebaskan (waaaahhhh..mcm penjenayah la pulak)..

BTW, lupe plak nk gtau..kami yg pergi ialah Ajib, Razi, Puyat, Habib, Musa, sihensem Aiman (wink2), Moox, Napex, Min (kwn puyat), Iqbal, Anwar, Salikin & 2 org adiknya, Nabil, Emma, Ervina (awek Razi), Raje, SAA dan aku...hehehe..


Weh korg, lepas ni kite nak bt trip g mane plak eh?????
Hai..
kenapa aku buat blog eh?
tgk org lain ada blog,so aku pon nak gatal ada blog?
nak gila glam ke?
atau nak syok sendri eh?

okey!
begini...ada kaitannya juga sperti di atas..
tp fokus utama aku lebih kepada ingin berkongsi maklumat,
bercerita tentang hidup aku dan apa sahaja yg boleh membawa kebaikan kat semua yg membaca...

weh...
skema ke aku ni?
tak..tak..
tolong..aku tak skema..
maafkan aku sbb ni 2nd entri aku..
so aku masih tercari2 hala tuju ke bintang eh silap2..arah tuju bidang penulisan blog ini...
ya..sama2 kita saksikan nnt ya...
jap2..
klu korg ade rase blog aku mcm berbaur syok sendiri..
eloklah kiranya ditegur ya..
*olllehhhh!!!



*spt Nabil dlm Pisau Cukur..atau Enrique Gelaspechah
Haih..yeke jd pompuan susah.???
klu jd laki, laki boleh main bola..klu tgk EPL sampai pkul 3 pg kat mamak pon mak tak bising
kalau tak basuh pinggan pas makan pon mak tak marah.
mmmm..best nye jd laki..
laki tak payah pikir nak make-up cntk2..
nak beli handbeg..
laki juga tak payah bersusah payah mengandung..
klu laki ade isteri wahhhh..lagi senang..
balik rumah nak minum tinggal order je..
pastu tak payah susah2 basuh baju..
paling best nak pakai semua dah tersedia..
nak makan tinggal duduk kat meja makan dan org ceduk nasi n lauk
wahh...indahnya jd laki....
so,,,,ape yg laki buat???
ape yg kene mengena dgn laki seperti tajuk entri???

ok...
sape yg buat itu semua untuk lelaki?
ye..mstilah perempuan hebat yg buat..(tepuk2 utk perempuan ya)
dulu..sebelum kedatangan Islam, perempuan zaman Jahiliyyah mmg di layan tidak sepatutnya..
Bayi-bayi perempuan dibunuh sbb dyorg percaya perempuan membawa sial..

Haih..
Sebenarnya..mmg bukan senang nak jd perempuan..
tapi Allah itu Maha Adil..
ditetapkan lelaki itu sbg pemimpin, maka tanggungjawab mereka adalah lg besar dari perempuan..malah perempuan ini lg senang nak dapat pahala dari lelaki..
Percaya kan klu kite layan suami dgn baik pun dah dpt pahala sbb kite menyenangkan hati suami..(klu dia tak senang hati lantak..sape suroh..aku dah buat baik ko jual mahal plak)..
*mcm tak ikhlas plak..
Byk lagi perkara yg kita bt dgn ikhlas kepada suami akn dpt pahala..
tapi..klu takde suami takleh dpt pahala ke?
heeeyyyy..sape ckp??
tentu sekali boleh sgt2
tp sbb aku dah gatal nak kawin aku ckp la pasal suami
(eh..tak..tak..aku tipu je)
sbb klu pasal buat baik pada mak ayah,aku pasti korg baik punye dgn dyorg kan?
tapi klu tak kwin lg, bolehlah jdkan sumber inspirasi kankankan..
wlupun tak byk hrp2 bolehla di renungkan sedikit

Elleh..
okey aku tau korg akan ckp aku bajet baik cakap mcm ni..
Tak..tak..tak..bukan begitu niat aku dong
aku mintak maaf awal2 klu aku kelihatan poyo untuk bercakap tentang ini..
Bagi aku ini adalah sekadar sedikit semangat bagi perempuan mcm aku ni yg ghairah mengejar dunia....
eish...dunia2..
haha..

p/s: klu boleh nak berbuat baik dari sekarang,eish..tp byk btol dugaan dunia ni...
hahaha
Comments: (3)
Assalamualaikum,
Salam Ramadhan,
Okey, tatkala 1st entri ini ditulis, aku baru selesai membantu emak masak di dapur..

Selama ini, aku hny rajin membaca belog2 teman dan mana2 belog yg aku jumpa kat link2 org..
fuh...berfikir panjang sama ada mampukah aku menggalas tggungjawab ini (post entri , bace komen, buat org suka baca belog ni..etc) dan adakah org yg akan membaca belog aku..

**
Berfikir lagi..
tema mcm mana yg aku nak tulis eh?
seram,,,
komedi,,
komedi romantik,,,
fiksyen,,,
fesyen,,
gossip,,,
atau carca marba?
owh...
apa2 saje la eh...
sebaaaaabbb
belog ini BukanKisahSangat pooonnn...