Hye korang. Lama kan aku tak update blog. Tapi aku bukan Zack Zukhairi, kalau tak update tak karuan hidup followers dia termasuk aku. Cuma aku tak berani la nak tulis kat wall FB beliau. Nanti dia rasa tertekan plak. Kan Zack kan?
Sebenarnya semalam aku dah update satu cerita dedikasi khas kau! Tapi disebabkan entri tu tak sesuai untuk dibaca kerana dikhuatiri menimbulkan unsur- unsur perkauman yang boleh menyebabkan Malaysia jadi macam Thailand, so aku dah delete entri  tu. Tak pa, yang penting Zack ada komen.  Memang rasa ralat, lebih-lebih lagi entri tu tak dapat di baca oleh orang yang aku dedikasikan itu.  Zack kata pasni dia tak nak komen lagi. Fine la Zack..!

Ok, entri kali ni tak dedikasi  ke mamakasi kat siapa-siapa. Aku nak cerita ja masa zaman pramatang masa sekolah menegah dulu. Masa zaman sekolah menengah dulu, aku join Kadet Remaja Sekolah aka KRS. Suruh la aku kawad sekarang,  gerenti boleh punya! Kata pernah wakil daerah untuk peringkat negeri.
Masa tu daerah K, wakil puteri adalah dari sekolah aku. Tapi wakil kadet putera adalah dari sekolah berasrama penuh. So, of course la aku sokong wakil daerah aku walaupun depa bukan satu sekolah kan. Pandai SBP tu placing kadet depa. Hensem-hensem kau! Gugur jantung mak. Haha..
Banyak-banyak yang hensem tu, aku minat kat komander dia. Ok, name tak boleh bagitau. Aku letak F je la.  Semua orang pun tau kot yang aku minat kat dia. Maksud aku kawan-kawan kadet je la. Err.. tak, termasuk pakcik bas yang selalu bawak kite orang pergi training kat stadium. Stadium tu, dah la dekat dgn SBP tu, korang tau tak, pakcik bas tu sanggup pusing SBP tu dan bunyikan hon sambil cakap ‘F ni ha,budak ni lalu’. Oh pakcik Rashid, rindu plak kat pakcik! Pastu pakcik tu tanya aku ‘cukup tak?’. Sumpah pakcik ni best! Layankan je perangai kami sekor-sekor.
 Ni la bas yang Pakcik Rashid tu layankan je perangai kami. Hamper dan piala bukti  kepada kemenangan kami.


Disebabkan budak yang aku minat tu seorang komander, senang la nak tau nama dia. Tu pun tanya kat budak sekolah dia yang tengah tengok pertandingan kawad kaki tu jugak. Bagi aku tau nama dah cukup. Masa tu tak tau google lagi. Tapi punya la hebat aku stalk dia, sampai birthday dia pun aku tau! Ni lagi lawak. Boleh pulak aku beli kad hari jadi, aku pos kat alamat sekolah dia. Ambik kau, terperanjat tak??? Bukan setakat tu, no giliran SPM dia pun aku tau. Ntah macam mana aku tau pun aku lupa. Tapi angka giliran kami sama weh..phewit..phewit.. kami punya angka giliran BC0XX A105. No pusat je yang membezakan!
Nak dijadikan cerita, beliau tu kawan kepada kawan aku masa depa sekolah rendah. Tanpa segan silu aku mintak no telefon F tu dari member aku tu. No rumah pun ok lah. Dengan beraninya aku call dia. Ok la, dia layan. Hehe. Suka weh aku dapat kawan dengan dia. Memang batak la. Masa tu dia kata dia akan pindah Meru, aku pun apa lagi, wohaa.. rumah aku kat Meru kot. Dia tanya aku, Meru kat mana, aku pun jawab ‘Jalan Kopi’. Aku tak tipu weh, dia kata dia pun memang akan pindah Jalan Kopi! Berjoget-joget hati aku. Masa dia belum pindah lagi, tetiap petang aku stalk rumah dia. Lepas dia dah pindah masuk, dah tak berani nak stalk dah.
Rupa-rupanya dia kena pergi PLKN. Start dari sini kiteorang dah lost contact. Tak pe la, walau banyak mana kebetulan kita orang, kalau tak da jodoh memang tak la. Dia pun tak denye nak suka kat aku weh. Tapi ada cerita lagi! Masa kat PLKN, result SPM keluar, dengan F sekali keluar paper, muka depan lagi! Yela..10A kau! Dulu aku simpan la keratan tu, tapi sekarang da buang da. Cuba korang bayangkan, budak yang korang minat dah lost contact tu keluar paper. Mestilah macam Zack Zukhairi baca dan komen blog ko! Batak gila ah!
Tak lama pastu, aku dengar cerita yang dia belajar kat Jepun. Sama macam Zack juga ya kawan-kawan, cuma lain U je.  Yang ni memang betul-betul lost contact la. Cuma baru-baru ni aku jumpa dia kat FB. Mutual friend dengan Zack jugak. Woha!  Ok  Zack, ni rahsia kita. Jangan bgtau siapa-siapa eh!
Kepada girlfriend F, jangan la marah. Ni cerita lama. Saja ja nak cerita balik. Tapi saya memang da tak minat dia pun. Saya minat Zack je sekarang. Dan saya sayang bf saya je. Tapi bf saya bukan Zack, jadi saya tak sayang Zack (siapa cakap bf aku Zack)
P/s : Incik Izzat jangan jeles dengan entri ini. Saya dah ceritakan, pasal dia ni pada kamu?



8 Orang Tak Kisah ::

zack zukhairi said...

" Zack kata pasni dia tak nak komen lagi. Fine la Zack..!"

Ha! tau takot~
keh keh keh...

Ang ni puji aku melambong sangat ni. Aku biasa ja la.. insan kerdil. Tak la kerdil sangat kot stakat 169 cm tu. Tapi biasa je arr. Anyway, thanks. :)

milah hasan said...

huh! ini kisah chenta kau itu.. haha..

faramira said...

rse nyer kite lg BATAK KUASE DUE kot..
zack add kite kat fb.. siap wat entry !
hohoho...

kalo zack komen blog ..

perghhh!!!

BATAK KUASE SEJUTA!! hahaha

(harap2 zack x jenguk balik komen nie.. kalo x malu giloss!) huhuhu

suria said...

zack : haha..ko masih tak tau ke sape budak tu???cess
rasis : haha..ko pun tau ke dulu?
fara : mmg pun..kalau bf sendiri komen tak lah batak mcm ni sekali kooot..

Anonymous said...

la...
yg ko delete entri sblm tue kenape...
kalau ko rase ko xslh...
x perlu r delete....
ape r ko nie...

milah hasan said...

tak..aku tak tahu.. hehe

fana said...

hahah aku kurang pasti la suria sape yg ko admire kan tu.. hek eleh.. iye iye kata daerah K. terang terang kat bas tu lencana SEKOLAH kak oi.. huhu
BTW, tu dari album aku ke??? huk huk

ps: aku ingat 'sumayyah' Raja je sampai sekrang.. ngeh ngeh

Unknown said...

dan aku pun rasa macam pernah menstalk bersama....hehehehe

Post a Comment

kalau berani tulis la!