Cerita yg bakal aku ceritakan adalah kisah benar dari pengalaman hidup aku. Eh tak, sebenarnya, ini angan-angan sebenar aku, cuma ada sedikit (ya sedikit) penipuan dan tokok tambah agar menjadikan cerita yang boring ini sedikit menarik.

Cerita ini mengandungi unsur positif dan negatif, di harap pembaca dpt mngambil iktibar dari apa yang bakal aku ceritakan.( Bunyik macam bajet hebat)

Entri ini aku adaptasi dari angan-angan aku apabila dewasa kelak. Maksud dewasa bagi aku bila aku dah kawin, ada suami, anak-anak, rumah, kereta, 18 beg LV, 15 beg Gucci, 28 beg Coach. Ok, pembaca sekalian, anda boleh nilaikan yg mana aku menipu? Ok, pandai pun.(Clap...clap..clap..clap...)

Aku kan selalu angan- angan kalau dah kawin nanti nak suami aku macam mana, anak berapa, rumah nak deco macam mana, nak masak apa, nak beli itu, nak beli ini, nak jadi macam tu, nak jadi macam ni...Korang ada tak angan-angan macam aku ni? Baik lelaki mahupun perempuan? Ke aku sorang je?Haha..lantak la, aku cerita jugak pastu bajet macam korang nk tau kan? Alah..Bacalah..bacalah..bacalah (ko kenal kan gedik aku ni?)

Angan-angan 1
Impian di hari perkahwinan. Aku takde impikan apa-apa sangat masa aku kawin nanti. Yang penting ada akad nikah, sah. Ok kawan-kawan silalah jamu karipap dan kuih-muih yang aku sediakan nanti. Haha..Gila bajet..Ok yang ini tak dikira sebagai angan-angan ye..so Angan-angan 1 yang ini is VOID!

Angan-angan #1 (yang sebenar)
Lantak la kan nanti aku kawin baju warna apa semua-semua tu, kita abaikan. Ni nak cerita ciri-ciri lelaki yang aku impikan. Siapa bakal suami aku tu harap-harap dia baca. Aku impikan suami yang bukan saja tahu asas agama, tetapi tahu menjalankan tugas sebagai muslim. Pastu beliau ( ok bertukar menjadi beliau) mesti tahu macam mana nak tegur aku yang keras kepala dan pandai melembutkan hati aku agar menjadi selembut sutera yang di rendam dalam Softlan. Aku impikan suami yang boleh jadi imam masa solat 5 waktu (kecuali hari bekerja) dan baca doa panjang-panjang. Antara doa pilihan aku doa kesejahteraan keluarga, doa tetapkan Iman, doa jauhi belenggu hutang dan byk lagi lah. Aku tak kisah beliau baca doa panjang-panjang sampai tangan aku tak larat nak tadah tangan. Malah aku gembira. So, baiklah aku nasihatkan beliau untuk hafal pelbagai jenis doa mulai sekarang. Sok dah kawin, fluent gila baca doa. Bangga I, kalau mcm ni, tak payah pakai beg LV pun tak pa. Ok, aku andaikan suami aku itu bekerja sebagai buruh binaan, so abaikan segala Coach, LV, Gucci dan segala Designer's handbag ye.
Aku jugak nak suami yang boleh ajak mengaji sama-sama dan ajarkan anak-anak aku ngaji. Kalau aku ajar diaorang memang aku tak boleh sabar lah. Aku baru ajar alif, dia dah ba, aku marah. Hahaha..kesian anak-anak aku.

Angan-angan #2
Nak belajar masak. Secara jujurnya aku memang tak reti masak sangat. Tapi aku nak balaja bila dah kawin nanti. Kenapa aku tak nak belajar sekarang? Tak nak, aku nak blaja bila dah kawin nanti sebab aku nak dia menjadi pengkritik tetap masakan aku. Gila romantik kankankan. "Baby,I rasa ikan masin yang U goreng ni tawar la" (contoh). So, esok aku pastikan, ikan masin yang aku goreng nanti takkan tawar lagi. Kalau aku dah pandai masak sekarang, nanti bila suami aku nk tegur masakan aku pun, dia takut. Contoh lagi "Baby, I rasa rendang ikan bilis ni masin sangat la". Pastu kalau aku rasa aku dah hebat mesti aku cakap macam ni "Lu pehal,penat gua masak lu bising. Lu nak lu masak sendiri la. Ni mak gua ajar,resipi turun temurun lagi. Lu tak puas hati?".
Pastu kan, aku nak sangat aku bawakkan bekal untuk suami aku bila dia nak pergi kerja. Sweet kan. Kalau suami aku si buruh binaan itu tak bagi aku kerja, sebab dia kata gaji dia banyak sangat (walaupun masih belum mampu beli Designer's handbags) aku ok je. Aku rasa ramai yang tak setuju kalau isteri berenti kerja sebab suami suruh. Tapi aku ada alasan sendiri kalau aku nak berenti sekalipun. Tapi aku tak janji ya wahai bakal suamiku..Kononnya lah aku suri rumah, aku akan masak lauk tengah hari untuk suami. Kalau dia tak sempat balik rumah aku akan hantar lauk yang panas-panas tu kat tempat kerja dia. Abesla Wak Suparjo, Lemen, Jumadi dan rakan-rakan satu tempat kerja jeles. Tak pasal-pasal aku kena serang dengan Muspiah isteri si Wak Suparjo sebab suami dia dah demand mintak hantar lauk ke tempat kerja. Haha..(yang ni tak termasuk dlm angan-angan aku sebenarnya).

Angan-angan #3
Berhias untuk suami. Aceceh..Malu i. Ok, abaikan gedik tu. Isteri memang dituntut berhias pada suami sebab ada sorang ustaz ni kata,"pandai mintak make up mahal-mahal letak kat dulang masa hantaran nikah, tapi make up untuk orang lain". Ustaz tersebut, maafkan saya jika khilaf, tak pa make up, asalkan tak lebih-lebih. Huhuhuhu..Kalau make up macam ni depan suami ok tak?

Hehehe..3 hari 3 malam anak aku tak boleh tidur malam agaknya nnt. Ok, tu pasal make up. Dari segi pakaian pulak aku nak ubah sikit la. Mungkin (ya mungkin,ko tak silap baca) aku nak pakai baju labuh sikit. Tutup aurat dengan sebaik mungkin. Contohnya :
Masa keluar jalan-jalan pakai macam ni. Depan suami......

Ambik kau!..hahaha..Tak lah. Kalau iya pun mungkin tak lah sampai pakai burkha. Mazhab Imam Syafie pun cakap, muka dan tapak tangan bukan aurat kan.

Angan-angan #4
Aku suka sebenarnya buat suprise. Aceceh. Bagi menyambut ulang tahun perkahwinan ke, hari jadi si suami yang ke-40 nanti aku nak buat suprise. Aku cakap pada hari tersebut aku nak pergi rumah Emma sebab nak ajar Emma jahit baju. Masa tu Emma belajar menjahit dengan aku, so aku ada alasan la kan. Padahal aku pergi rumah Emma, aku ajak Raje sekali prepare kek aku buat untuk si suami..Bijak tak? Weh Raja Emma (gabungan name mereka) suami korang jeles tak ko tolong aku ni. Tak pun ajak Ervina sekali sebab takkan la Razi tu nak jeles kan..Haish..(-.-"). Nanti pepandai la aku plan suprise tu macam mana dengan kawan-kawan aku ni. Buat sampai dia terharu.Mmm..takut haru jadinya. Bila rakan-rakan sudah pulang, aku ajak pergi karaoke ke kan (sorry geng, yg ni aku tak ajak. We need some privacy time togather) Hahaha..Pastu pilih lagu jiwang-jiwang dan nyanyi penuh yakin seumpama Misha Omar mahu pun Sarah Raisudin sampai suami aku nangis sebab sakit telinga. Hadiah? Oh hadiah suprise jugak. Suami aku sorang je yang tau..hahahaha

Angan-angan #5
Satu hari suami aku dan geng-geng tempat kerja seperti Wak Suparjo, Lemen, Richard dan Muniasamy di arahkan buat binaan ni Norway. Aku sebagai isteri kena tinggal terkontang-kanting di Malaysia. Dah la lebih 3 bulan kena pergi sana kesian aku. Tak pe, bagi mengelakkan keboringan I'll throw a party with my girlfriends..Harap-harap suami korang tak marah aku la eh. Lek la Abu dan Nabil, party tu untuk perempuan-perempuan shj ok. Rasionalnya aku buat party dengan kawan-kawan aku sebab aku nak hilangkan rasa boring aku. Kang tercarik laki lain kang..eish..Nauzubillah!
Tapi, aku akan pastikan anak-anak aku tak terabai. Kalau diaorg buat perangai je aku cakap "Anakanda semua tolong la jangan mengada macam bonda. Bonda rimas tau tak?". Oh ya, anak-anak aku panggil aku Bonda. Cerita pasal anak pulak, aku lah yang akan hantar dan ambik diaorang ke sekolah. Comel kan? dah la cikgu anak-anak aku tu Farahani Baharullah. Annie, Raje tu lawyer, ko cubit anak aku, see u in court ok!.
Walaupun aku garang dengan anak-anak aku, tapi aku sayang tau diaorg. Sebelum tidur aku mesti bacakan 'Kisah-kisah Nabi' kat diaorg. hehe..comel kan.

Angan-angan #6
Weekend aku dan family mesti dipenuhi dengan sebaiknya. Pagi- pagi kiteorang akan jogging di taman berhampiran dgn rumah bersama-sama. Selain tu, aku akan lawan badminton dengan suami aku. Anak-anak lelaki kena sokong aku, anak perempuan sokong la bapaknya. Sebab anak lelaki aku 3 orang, perempuan sorang. Bagi la ramai sikit yg sokong aku. Pastu, bila anak-anak aku lawan suami aku, aku sokong la suami aku. Hahahaha..Lepas penat berjogging dan bersenam kiteorang akan bersarapan bersama-sama. Terasa macam dah kurus sikit. Haa..yang ni penting, bakal suami aku tu wajib terima aku walaupun aku dah gemuk. Tapi of course la aku tak nak gemuk. Dia jugak kena simpan duit lebih sikit untuk bawak aku pergi London Weight Management. Mesti la pakai duit dia. Tu lah, siapa suruh aku berenti kerja?Kankankan..

Angan-angan #7
Setiap kali satu bangunan yang suami aku dan rakan-rakan buat siap dibina, pastinya syarikat tersebut akan membuat function bagi menghargai sumbangan pekerja-pekerja buruh binaan ni. So, semestinya aku ikut. Suami tak ajak pun mesti aku ikut punyalah. Hahaha..Aku memang suka pun pergi function-function ni. Pastu dpt berkenal-kenalan dgn isteri kwn-kwn suami aku tu. Aku cuba merapatkan kembali hubungan dgn isteri Wak Suparjo iaitu Muspiah. Tapi Kak Muspiah ni tetap ada yang tak puas hati dengan aku sebab aku lagi bergaya daripada dia. Bangga tak suami? Hahahaha..Tak, sebenarnya aku nak bgtau yang aku akan belajar berhias dan merapikan diri untuk menjaga air muka suami..Aceceh..

Dah la weh, penat aku berangan. Sebenarnya banyak lagi aku punya angan-angan. Tapi tak pe la,yang tu biar ku simpan. Hehehehe..Semoga bakal suami bangga dengan entri yang tidak seberapa ini..
sekian.Terima kasih!

12 Orang Tak Kisah ::

Anonymous said...

tak de pun pasal aku..cit!! (ni raje)

Ervina Razali said...

sweet entry..
muga2 angan angang jd kenyataan..
nk juga la suami buruh binaan..
:))

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

Kau nk kahwin dengan lelaki Lombok ker?

Unknown said...

smoga angan2 ko jd knyataan.....
-x pndai msk tp nk dpuji....
-x pndai ngaji cmne nk ajr ank ngajilai mane leh ngjr2 ni....kang die rotan je.
-tp gaya ko cite ni cm laki ko mat indon je...ko nk tggl kt lombok gk ke.....

Unknown said...

a very well planned future...
sume rakan sekerjaan laki ko pn ko dah rancangkan....
hehehehe....

WeSellButtonBadge said...

panjang siot..haha

banyak tol angan2 ko..jgn jd mat jenin da la..ngahaha

mizz annie said...

beshnye angan2 mu.
ak suke angan2 g joggin satu famili.
semoga tercapai impian mu.
amin....

Anonymous said...

cool..

Try out this link;

www.fdausamad.blogspot.com

Read few entries, you'll find it very funny and interesting.

Seriously!

jiha said...

tgk kn aje.........

Seri said...

semoga menjadi kenyataan
so sweet...

shazleeshahazeman said...

aku rasa aku paling layak.

syahmi ehsan said...

sorry baru baca.selepas dipaksa.tu pn skit je..haha.anyway,pure silk mana blh rendam dlm softlan.jahanam wei..

Post a Comment

kalau berani tulis la!