Showing posts with label KAWAN-KAWAN. Show all posts
Showing posts with label KAWAN-KAWAN. Show all posts

Hye korang. Lama kan aku tak update blog. Tapi aku bukan Zack Zukhairi, kalau tak update tak karuan hidup followers dia termasuk aku. Cuma aku tak berani la nak tulis kat wall FB beliau. Nanti dia rasa tertekan plak. Kan Zack kan?
Sebenarnya semalam aku dah update satu cerita dedikasi khas kau! Tapi disebabkan entri tu tak sesuai untuk dibaca kerana dikhuatiri menimbulkan unsur- unsur perkauman yang boleh menyebabkan Malaysia jadi macam Thailand, so aku dah delete entri  tu. Tak pa, yang penting Zack ada komen.  Memang rasa ralat, lebih-lebih lagi entri tu tak dapat di baca oleh orang yang aku dedikasikan itu.  Zack kata pasni dia tak nak komen lagi. Fine la Zack..!

Ok, entri kali ni tak dedikasi  ke mamakasi kat siapa-siapa. Aku nak cerita ja masa zaman pramatang masa sekolah menegah dulu. Masa zaman sekolah menengah dulu, aku join Kadet Remaja Sekolah aka KRS. Suruh la aku kawad sekarang,  gerenti boleh punya! Kata pernah wakil daerah untuk peringkat negeri.
Masa tu daerah K, wakil puteri adalah dari sekolah aku. Tapi wakil kadet putera adalah dari sekolah berasrama penuh. So, of course la aku sokong wakil daerah aku walaupun depa bukan satu sekolah kan. Pandai SBP tu placing kadet depa. Hensem-hensem kau! Gugur jantung mak. Haha..
Banyak-banyak yang hensem tu, aku minat kat komander dia. Ok, name tak boleh bagitau. Aku letak F je la.  Semua orang pun tau kot yang aku minat kat dia. Maksud aku kawan-kawan kadet je la. Err.. tak, termasuk pakcik bas yang selalu bawak kite orang pergi training kat stadium. Stadium tu, dah la dekat dgn SBP tu, korang tau tak, pakcik bas tu sanggup pusing SBP tu dan bunyikan hon sambil cakap ‘F ni ha,budak ni lalu’. Oh pakcik Rashid, rindu plak kat pakcik! Pastu pakcik tu tanya aku ‘cukup tak?’. Sumpah pakcik ni best! Layankan je perangai kami sekor-sekor.
 Ni la bas yang Pakcik Rashid tu layankan je perangai kami. Hamper dan piala bukti  kepada kemenangan kami.


Disebabkan budak yang aku minat tu seorang komander, senang la nak tau nama dia. Tu pun tanya kat budak sekolah dia yang tengah tengok pertandingan kawad kaki tu jugak. Bagi aku tau nama dah cukup. Masa tu tak tau google lagi. Tapi punya la hebat aku stalk dia, sampai birthday dia pun aku tau! Ni lagi lawak. Boleh pulak aku beli kad hari jadi, aku pos kat alamat sekolah dia. Ambik kau, terperanjat tak??? Bukan setakat tu, no giliran SPM dia pun aku tau. Ntah macam mana aku tau pun aku lupa. Tapi angka giliran kami sama weh..phewit..phewit.. kami punya angka giliran BC0XX A105. No pusat je yang membezakan!
Nak dijadikan cerita, beliau tu kawan kepada kawan aku masa depa sekolah rendah. Tanpa segan silu aku mintak no telefon F tu dari member aku tu. No rumah pun ok lah. Dengan beraninya aku call dia. Ok la, dia layan. Hehe. Suka weh aku dapat kawan dengan dia. Memang batak la. Masa tu dia kata dia akan pindah Meru, aku pun apa lagi, wohaa.. rumah aku kat Meru kot. Dia tanya aku, Meru kat mana, aku pun jawab ‘Jalan Kopi’. Aku tak tipu weh, dia kata dia pun memang akan pindah Jalan Kopi! Berjoget-joget hati aku. Masa dia belum pindah lagi, tetiap petang aku stalk rumah dia. Lepas dia dah pindah masuk, dah tak berani nak stalk dah.
Rupa-rupanya dia kena pergi PLKN. Start dari sini kiteorang dah lost contact. Tak pe la, walau banyak mana kebetulan kita orang, kalau tak da jodoh memang tak la. Dia pun tak denye nak suka kat aku weh. Tapi ada cerita lagi! Masa kat PLKN, result SPM keluar, dengan F sekali keluar paper, muka depan lagi! Yela..10A kau! Dulu aku simpan la keratan tu, tapi sekarang da buang da. Cuba korang bayangkan, budak yang korang minat dah lost contact tu keluar paper. Mestilah macam Zack Zukhairi baca dan komen blog ko! Batak gila ah!
Tak lama pastu, aku dengar cerita yang dia belajar kat Jepun. Sama macam Zack juga ya kawan-kawan, cuma lain U je.  Yang ni memang betul-betul lost contact la. Cuma baru-baru ni aku jumpa dia kat FB. Mutual friend dengan Zack jugak. Woha!  Ok  Zack, ni rahsia kita. Jangan bgtau siapa-siapa eh!
Kepada girlfriend F, jangan la marah. Ni cerita lama. Saja ja nak cerita balik. Tapi saya memang da tak minat dia pun. Saya minat Zack je sekarang. Dan saya sayang bf saya je. Tapi bf saya bukan Zack, jadi saya tak sayang Zack (siapa cakap bf aku Zack)
P/s : Incik Izzat jangan jeles dengan entri ini. Saya dah ceritakan, pasal dia ni pada kamu?



Comments: (12)
Cerita yg bakal aku ceritakan adalah kisah benar dari pengalaman hidup aku. Eh tak, sebenarnya, ini angan-angan sebenar aku, cuma ada sedikit (ya sedikit) penipuan dan tokok tambah agar menjadikan cerita yang boring ini sedikit menarik.

Cerita ini mengandungi unsur positif dan negatif, di harap pembaca dpt mngambil iktibar dari apa yang bakal aku ceritakan.( Bunyik macam bajet hebat)

Entri ini aku adaptasi dari angan-angan aku apabila dewasa kelak. Maksud dewasa bagi aku bila aku dah kawin, ada suami, anak-anak, rumah, kereta, 18 beg LV, 15 beg Gucci, 28 beg Coach. Ok, pembaca sekalian, anda boleh nilaikan yg mana aku menipu? Ok, pandai pun.(Clap...clap..clap..clap...)

Aku kan selalu angan- angan kalau dah kawin nanti nak suami aku macam mana, anak berapa, rumah nak deco macam mana, nak masak apa, nak beli itu, nak beli ini, nak jadi macam tu, nak jadi macam ni...Korang ada tak angan-angan macam aku ni? Baik lelaki mahupun perempuan? Ke aku sorang je?Haha..lantak la, aku cerita jugak pastu bajet macam korang nk tau kan? Alah..Bacalah..bacalah..bacalah (ko kenal kan gedik aku ni?)

Angan-angan 1
Impian di hari perkahwinan. Aku takde impikan apa-apa sangat masa aku kawin nanti. Yang penting ada akad nikah, sah. Ok kawan-kawan silalah jamu karipap dan kuih-muih yang aku sediakan nanti. Haha..Gila bajet..Ok yang ini tak dikira sebagai angan-angan ye..so Angan-angan 1 yang ini is VOID!

Angan-angan #1 (yang sebenar)
Lantak la kan nanti aku kawin baju warna apa semua-semua tu, kita abaikan. Ni nak cerita ciri-ciri lelaki yang aku impikan. Siapa bakal suami aku tu harap-harap dia baca. Aku impikan suami yang bukan saja tahu asas agama, tetapi tahu menjalankan tugas sebagai muslim. Pastu beliau ( ok bertukar menjadi beliau) mesti tahu macam mana nak tegur aku yang keras kepala dan pandai melembutkan hati aku agar menjadi selembut sutera yang di rendam dalam Softlan. Aku impikan suami yang boleh jadi imam masa solat 5 waktu (kecuali hari bekerja) dan baca doa panjang-panjang. Antara doa pilihan aku doa kesejahteraan keluarga, doa tetapkan Iman, doa jauhi belenggu hutang dan byk lagi lah. Aku tak kisah beliau baca doa panjang-panjang sampai tangan aku tak larat nak tadah tangan. Malah aku gembira. So, baiklah aku nasihatkan beliau untuk hafal pelbagai jenis doa mulai sekarang. Sok dah kawin, fluent gila baca doa. Bangga I, kalau mcm ni, tak payah pakai beg LV pun tak pa. Ok, aku andaikan suami aku itu bekerja sebagai buruh binaan, so abaikan segala Coach, LV, Gucci dan segala Designer's handbag ye.
Aku jugak nak suami yang boleh ajak mengaji sama-sama dan ajarkan anak-anak aku ngaji. Kalau aku ajar diaorang memang aku tak boleh sabar lah. Aku baru ajar alif, dia dah ba, aku marah. Hahaha..kesian anak-anak aku.

Angan-angan #2
Nak belajar masak. Secara jujurnya aku memang tak reti masak sangat. Tapi aku nak balaja bila dah kawin nanti. Kenapa aku tak nak belajar sekarang? Tak nak, aku nak blaja bila dah kawin nanti sebab aku nak dia menjadi pengkritik tetap masakan aku. Gila romantik kankankan. "Baby,I rasa ikan masin yang U goreng ni tawar la" (contoh). So, esok aku pastikan, ikan masin yang aku goreng nanti takkan tawar lagi. Kalau aku dah pandai masak sekarang, nanti bila suami aku nk tegur masakan aku pun, dia takut. Contoh lagi "Baby, I rasa rendang ikan bilis ni masin sangat la". Pastu kalau aku rasa aku dah hebat mesti aku cakap macam ni "Lu pehal,penat gua masak lu bising. Lu nak lu masak sendiri la. Ni mak gua ajar,resipi turun temurun lagi. Lu tak puas hati?".
Pastu kan, aku nak sangat aku bawakkan bekal untuk suami aku bila dia nak pergi kerja. Sweet kan. Kalau suami aku si buruh binaan itu tak bagi aku kerja, sebab dia kata gaji dia banyak sangat (walaupun masih belum mampu beli Designer's handbags) aku ok je. Aku rasa ramai yang tak setuju kalau isteri berenti kerja sebab suami suruh. Tapi aku ada alasan sendiri kalau aku nak berenti sekalipun. Tapi aku tak janji ya wahai bakal suamiku..Kononnya lah aku suri rumah, aku akan masak lauk tengah hari untuk suami. Kalau dia tak sempat balik rumah aku akan hantar lauk yang panas-panas tu kat tempat kerja dia. Abesla Wak Suparjo, Lemen, Jumadi dan rakan-rakan satu tempat kerja jeles. Tak pasal-pasal aku kena serang dengan Muspiah isteri si Wak Suparjo sebab suami dia dah demand mintak hantar lauk ke tempat kerja. Haha..(yang ni tak termasuk dlm angan-angan aku sebenarnya).

Angan-angan #3
Berhias untuk suami. Aceceh..Malu i. Ok, abaikan gedik tu. Isteri memang dituntut berhias pada suami sebab ada sorang ustaz ni kata,"pandai mintak make up mahal-mahal letak kat dulang masa hantaran nikah, tapi make up untuk orang lain". Ustaz tersebut, maafkan saya jika khilaf, tak pa make up, asalkan tak lebih-lebih. Huhuhuhu..Kalau make up macam ni depan suami ok tak?

Hehehe..3 hari 3 malam anak aku tak boleh tidur malam agaknya nnt. Ok, tu pasal make up. Dari segi pakaian pulak aku nak ubah sikit la. Mungkin (ya mungkin,ko tak silap baca) aku nak pakai baju labuh sikit. Tutup aurat dengan sebaik mungkin. Contohnya :
Masa keluar jalan-jalan pakai macam ni. Depan suami......

Ambik kau!..hahaha..Tak lah. Kalau iya pun mungkin tak lah sampai pakai burkha. Mazhab Imam Syafie pun cakap, muka dan tapak tangan bukan aurat kan.

Angan-angan #4
Aku suka sebenarnya buat suprise. Aceceh. Bagi menyambut ulang tahun perkahwinan ke, hari jadi si suami yang ke-40 nanti aku nak buat suprise. Aku cakap pada hari tersebut aku nak pergi rumah Emma sebab nak ajar Emma jahit baju. Masa tu Emma belajar menjahit dengan aku, so aku ada alasan la kan. Padahal aku pergi rumah Emma, aku ajak Raje sekali prepare kek aku buat untuk si suami..Bijak tak? Weh Raja Emma (gabungan name mereka) suami korang jeles tak ko tolong aku ni. Tak pun ajak Ervina sekali sebab takkan la Razi tu nak jeles kan..Haish..(-.-"). Nanti pepandai la aku plan suprise tu macam mana dengan kawan-kawan aku ni. Buat sampai dia terharu.Mmm..takut haru jadinya. Bila rakan-rakan sudah pulang, aku ajak pergi karaoke ke kan (sorry geng, yg ni aku tak ajak. We need some privacy time togather) Hahaha..Pastu pilih lagu jiwang-jiwang dan nyanyi penuh yakin seumpama Misha Omar mahu pun Sarah Raisudin sampai suami aku nangis sebab sakit telinga. Hadiah? Oh hadiah suprise jugak. Suami aku sorang je yang tau..hahahaha

Angan-angan #5
Satu hari suami aku dan geng-geng tempat kerja seperti Wak Suparjo, Lemen, Richard dan Muniasamy di arahkan buat binaan ni Norway. Aku sebagai isteri kena tinggal terkontang-kanting di Malaysia. Dah la lebih 3 bulan kena pergi sana kesian aku. Tak pe, bagi mengelakkan keboringan I'll throw a party with my girlfriends..Harap-harap suami korang tak marah aku la eh. Lek la Abu dan Nabil, party tu untuk perempuan-perempuan shj ok. Rasionalnya aku buat party dengan kawan-kawan aku sebab aku nak hilangkan rasa boring aku. Kang tercarik laki lain kang..eish..Nauzubillah!
Tapi, aku akan pastikan anak-anak aku tak terabai. Kalau diaorg buat perangai je aku cakap "Anakanda semua tolong la jangan mengada macam bonda. Bonda rimas tau tak?". Oh ya, anak-anak aku panggil aku Bonda. Cerita pasal anak pulak, aku lah yang akan hantar dan ambik diaorang ke sekolah. Comel kan? dah la cikgu anak-anak aku tu Farahani Baharullah. Annie, Raje tu lawyer, ko cubit anak aku, see u in court ok!.
Walaupun aku garang dengan anak-anak aku, tapi aku sayang tau diaorg. Sebelum tidur aku mesti bacakan 'Kisah-kisah Nabi' kat diaorg. hehe..comel kan.

Angan-angan #6
Weekend aku dan family mesti dipenuhi dengan sebaiknya. Pagi- pagi kiteorang akan jogging di taman berhampiran dgn rumah bersama-sama. Selain tu, aku akan lawan badminton dengan suami aku. Anak-anak lelaki kena sokong aku, anak perempuan sokong la bapaknya. Sebab anak lelaki aku 3 orang, perempuan sorang. Bagi la ramai sikit yg sokong aku. Pastu, bila anak-anak aku lawan suami aku, aku sokong la suami aku. Hahahaha..Lepas penat berjogging dan bersenam kiteorang akan bersarapan bersama-sama. Terasa macam dah kurus sikit. Haa..yang ni penting, bakal suami aku tu wajib terima aku walaupun aku dah gemuk. Tapi of course la aku tak nak gemuk. Dia jugak kena simpan duit lebih sikit untuk bawak aku pergi London Weight Management. Mesti la pakai duit dia. Tu lah, siapa suruh aku berenti kerja?Kankankan..

Angan-angan #7
Setiap kali satu bangunan yang suami aku dan rakan-rakan buat siap dibina, pastinya syarikat tersebut akan membuat function bagi menghargai sumbangan pekerja-pekerja buruh binaan ni. So, semestinya aku ikut. Suami tak ajak pun mesti aku ikut punyalah. Hahaha..Aku memang suka pun pergi function-function ni. Pastu dpt berkenal-kenalan dgn isteri kwn-kwn suami aku tu. Aku cuba merapatkan kembali hubungan dgn isteri Wak Suparjo iaitu Muspiah. Tapi Kak Muspiah ni tetap ada yang tak puas hati dengan aku sebab aku lagi bergaya daripada dia. Bangga tak suami? Hahahaha..Tak, sebenarnya aku nak bgtau yang aku akan belajar berhias dan merapikan diri untuk menjaga air muka suami..Aceceh..

Dah la weh, penat aku berangan. Sebenarnya banyak lagi aku punya angan-angan. Tapi tak pe la,yang tu biar ku simpan. Hehehehe..Semoga bakal suami bangga dengan entri yang tidak seberapa ini..
sekian.Terima kasih!
Hye..
lame sungguh aku x update blog..
tetibe datang semangat pulak..
mmm..ni gara2 g PD bersama dgn kwn2 sekolah menengah..Aku harus berterima kasih pada semua yg join sbb sama2 memeriahkan dan mengeratkan lg hubungan lama..(tidak termasuk skandal ya)

Memula aku rase trip ni mcm tak jd memandangkan kurang mendapat sambutan hangat..
Tetibe Raja Zaharah bgtau trip ni jd..So, aku pon excited la nk pergi trip ni without knowing who will join..

Tidak seperti Razi yg kelihatan kurang bersungguh2 menyertai percutian yg julung2 kalinya ini diadakan.Aku kuat merasakan trip Pd ini disebabkan kewujudan Facebook...
*sila setuju ya kwn2...setuju tak?setuju kaaaaannn...

Aku igt trip ni xlah sampai nk tidur2 kat sana..Aku bajet g pagi then trus balik hari..Owh..rupa2nya si budak laki2 nk stay kat sane...waaahhh..byk kan duit korg..

Lantas aku pun menelefon Razif de Rahim sbb nak tny betul ke jd nk tidur sane and bajet semua2 lah..Ajib pon kate yg dia dan budak2 laki nk tidur dlm kereta...HUH! tidur dlm kereta????Aku cuba membayangkan diri aku dan Saidatul Akma (Emma sudah) tidur dlm kereta dan kepanasan..

Tak pe..tak pe..aku tak sanggup tidur dlm keta.Rase tak selamat..

Aku cuba menelefon bbrpa org kawan untuk meminjam khemah..Oh! baru aku tahu, ramai org Malaysia ni ada khemah ya..(ntah2 aku sorg je yg xde khemah..haha!)
Tapi aku dapat la dua biji khemah..hehehe..
*pejodoh bilangan bagi khemah biji ke?tak bijak sungguh!
Sekurang-kurangnya aku tak lah tidur dalam kereta..hehe..

Yeah...hari yg dijanjikan bersama rakan2...19 December 2009..Mmg malam tu aku tak boleh tidur nyenyak..Yang pertama sebab esok aku kena hantar Encik Izzat ke KLIA..Pagi2 buta pkul aku dah kena bgn..Flight beliau pkul 10.00 pg..so, dia nak check in dalam pkul 7 pg..Bayangkanla aku nk bgn pkul bape..(bkn membygkan muke buruk berair liur basi eh)


ni lah pic Encik Izzat yg sdg berjalan terus tidak pandang belakang untuk melihat kekasih hati sebelum berangkat jauh... :(

Okeh..lepas hantar dia aku tak tau nak pergi mana memandangkan yg lain nak gerak ke PD pada jam 3..Gila aku nak tunggu kat KLIA dari pukul 6.30pagi sampai 3 ptg?
Takkan nak balik rumah di Meru kan? Sungguh tak bijak idea tuh!
Sedang aku berfikir2 ke mana hala tuju aku, Emma text aku..dia tny aku kat mana dan ajak aku lepak rumah dia..Owh rumah dia kat Bandar Baru Bangi ya kawan2..
Tanpa beragak2 aku pon menuju ke rumahnya..heeeee~

Pukul 3 ptg seperti yg dijanjikan Ajib pon text aku bgtau yg dia dah Gerak-Gerak Khas dan kami akn berjumpa di R&R Seremban..Masa tu aku baru je pas mkn dgn Emma (kiteorg masak same2 tau)hehe..Mmg batak gile la masak sendri..kan Emma kan..sedap pulak tu!tak percaya g tny anak buah Emma..dia pun mkn tau! Aku tgk Emma rilek je masa aku bgtau yg Ajib dan Razi dah gerak..Dia mandi punye lah lama..Tak pasal2 aku dapat online kat rumah dia..Tu yg best..Dan terjumpe Encik Izzat dlm FB chat..dia kata dia kat Taiwan..Kapal dia transit kat Taiwan sejam..Aku Tengok jam..dah pukul 3.50., aku dah mulai cuak..mmm..

"Emma..jom la cpt..aku takut dia org da sampai..nnt nak kena tggu kita lame ni"

Emma: Ok2 aku siap...

*setengah jam selepas itu baru dia siap..
hehehe..jgn marah ya Emma..

"Wooii Emma..aku agak cuak ssb aku takut diaorag da sampai.."

Razi call, "korang dah katne tu"
Aku jwb, "jap je..setengah jam lg kiteorg sampai la.."padahal baru je gerak..hahaha
Razi, "pssfftftfff"

hahahah....

Aku bawak kereta selaju yg boleh..
Alamak hai...
aku nmpk sign board 'R&R SEREMBAN 18KM'
aku tny Emma.."Ma, la..dkt je la eh?"
Emma,"haah"
"patut pun ko lambat bersiap eh?cessss"

Dan..kami pon berjumpa di R&R Seremban sebelum meneruskan perjalanan..
Kami pergi dgn 5 kereta..ramai kan..hehe..Tapi ntah la..kereta siapa ntah yg selalu ketinggalan sehinggan memaksa org yg leading (selalunya Razi la yg lead) memberhentikan kereta di bahu jln untuk tunggu si lambat..hehehehe


Razi lead..byk kereta..mgkin mereka mahu ke PD juga


sempat bergambar dalam kesesakan lalu lintas...


ha..yg ni tgh tggu si lambat tu lah..lalalala


image sebenar si lambat..hahahaha

kami pun meneruskan perjalanan seperti biasa..tp si lambat tetap lmbat dan kami meninggalkan beliau di belakang..kikikiki...jangan marah ya Musa!...

***********************************

Kami tiba di PD dalam pukul 7 mlm..ni semua gara2 kesesakan lalu lintas...mmm
kami rehat di suatu tempat sambil menunggu lagi satu kereta yg belum sampai..
ni bukan 'si Lambat' itu..tp ni geng Napex, Moox , Raja Zaharah dan SAA

Dalam pukul 7.30 diaorg sampai..kelihatan agak lewat sbb kami belum jumpa port yg sesuai untuk berkhemah...kami bergegas mencari port..

Konvoi ke PD dgn 6 buah kereta (termasuk kereta Napex) bukanla sesuatu yg mudah..
acapkali kereta2 kami terpisah antara satu sama lain..mmg selalulah kami tggu di bahu jln bg memastikan 6 buah kereta kami beratur sama2 cari port...mmg TAK lah kan...Sepeti biasa, Si Razi lah yg lead..lagaknya seperti PD ini mmg kampung halaman dia la pulak kan..
cet pppssssstttfffttt...mmmm...mmg ssh nk cari port utk perkhemahan ini..salah satu sbb mgkin kami pergi waktu cuti sekolah..bukan idea yg bijak!huhuhu..

Akhirnya kami jumpe la port yg sesuai..indah dan menarik..di lengkapi juga bilik mandi milik MDPD..(ya..esok pagi kami akn bermandi manda di pantai nan indah)
maaf..tiada gmbr dalam simpanan telefon bimbit berkamera ini..kebykn gmbr dlm simpanan kamera Emma...tanpa berlengah lagi kami pon mendirikan khemah..dan membuat bara untuk BBQ memandangkan perut kami tersangatlah lapar kau!


Napex dan Moox gigih membuat bara..


duduk bersimpuh si anak dara, si anak dara duduk bersimpuh


masih gigih membuat bara


nyum..nyum...lepas bara dah menjadi...


chef Ajib, beliau sungguh garang ya ketika memasak...hahaha..aku gurau Ajib..


Lepas makan kami sambung aktivi kami dgn beberapa game yg enjoyable dan bikin-gua-pecah-perut..mmg happening!..aku juga sempat merakamkan beberapa aksi lelaki gay yg masih available..hehehe..jgn ramah ya..eh jgn marah ya..dan tak lupa Emma cube buat aksi 'ikan paus'
Oh! sehingga kami mandi pantai aksi itu masih menjadi bahan..tak lupa juga 'kuasa cinta' eh Power Of Love Ervina dan Razi..dah la..pasni korg jadi juri je la..xaci2..hahaha


aku dah cop 'yg tengah' tu..hahahaha..wah2 mentang2 Izzat kat LA...berani lah


owh..mereka tak gay la sebenarnya..hahaha


Alamak..aku ade sikit je la gambar2 ni..yyg siang pny xde la pulak...cesssss..
mmmm..xpe2..tp sungguh seronok la g PD ni..wlupun dalam hati aku duk terigt kat Izzat yg jauh nun di sana...

Pukul 5.30 pg dia call aku sbb dia kene tahan dgn imegresen..
Punca di tahan : nama dia ade Muhammad...truk la US ni!tp Alhamdulillah, xlame pas tu dia dibebaskan (waaaahhhh..mcm penjenayah la pulak)..

BTW, lupe plak nk gtau..kami yg pergi ialah Ajib, Razi, Puyat, Habib, Musa, sihensem Aiman (wink2), Moox, Napex, Min (kwn puyat), Iqbal, Anwar, Salikin & 2 org adiknya, Nabil, Emma, Ervina (awek Razi), Raje, SAA dan aku...hehehe..


Weh korg, lepas ni kite nak bt trip g mane plak eh?????