Haha..HOT tak tajuk entri ni. Kepala HOTak adalah..hehehe. Ni mcn nak bagi diri sendri terasa la pulak.Eh! Tak, mana ada aku terasa. Aku tak pernah curang kot. Yang dengan Aiman(hensem kan,tu la sebabnya aku ngorat dia,hensem sangat) tu aku main2 je OKEH!..Haha,itu semua hnylah mainan dunia saja ya kawan2..Iskh2, tak nak la aku curang, BERDOSA! Tak, maksudnya tambah dosa je..Kepada Encik Izzat, sila ampunkan saya.

OK! baiklah. Pernah tak korang di kelilingi orang yg suka menjalinkan hubungan lain (woi2..tak termasuk aku eh! aku kan da bg tau, aku gurau2 je ngorat si Aiman tu duh )sedangkan dia sudah berumah tangga? Atau korang sendiri pernah tak di ngorat oleh mereka yg sudah berumah tangga? Atau, korang sendiri pernah atau sedang berusaha memikat orang yang sudah berumah tangga? Eiskh2..Razi, ko jangan cari pasal. Baik ko stop la perbuatan keji ko tu..hekhekhek..

Aku pernah berdepan dengan satu pengalaman 'ngeri' di mana berlakunya perselingkuhan atau kecurangan yg melibatkan suami dan isteri orang, dan dikantoikan oleh sang suami perempuan tersebut. Biasalah, bila dah kantoi masing2 bagi ayat 'defensive'. (Kalau aku pun macam tu jugak agaknya). Alasan mereka, 'hanya kawan', 'terserempak', 'sekadar minum2','tak buat apa2'. Tapi, keadaan mereka ketika dikantoikan oleh suami mencurigakan..Berdua-duan di dalam kereta dan di tempat yg sunyi dan gelap. Haish..

Bermula dari kejadian tu aku pun berfikir ( bukan selama ni aku tak fikir) maksudnya aku cuba bermonolog dengan diri aku sendiri. Tapi aku tak gila sebenarnya. Apa yang aku fikirkan antaranya:'Perlukah, kita sebagai seorang perempuan dan lelaki yang sudah berkahwin itu berkawan, lalu keluar makan sama-sama, bergurau senda dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya, berbalas2 sms, menonton wayang dan menceritkan masalah rumah tangga masing2? Perlukah? Kolot ke aku berfikiran mcm ni???

"OKEH! Pandai pulak ko nak pertikaikan,kan Suria..HMMM..Eh! suria, cuba la ko letak diri ko kat perempuan tu. Ni baru tinggal sehari dgn Encik Izzat ko da ngorat si Aiman. Memang pervet gila la ko ni!"
*ini adalah antara salah satu monolog aku ya!

Aku juga cuba meletakkan diri aku sebagai seorang isteri yang mempunyai masalah rumah tangga atau selalu kena tinggal dgn suami sbb suami kerja kat ladang kelapa sawit, tengah hari baru balik (bodoh, tak kan ni pon dah jd masalah..haha) atau dah tak ada perasaan kat suami sebab suami tak pernah cakap 'ailebiu' sebelum tidur atau sebelum pergi kerja. Lama2 jadi bosan dengan sikap suami yang ala-ala drama Melayu. Korang tengokkan? Ala yang laki dia tak dapat bagi apa yang isteri dia harapkan. Lebih kurang macam tu la. Penat la nak explain panjang2. Pas tu kan dalam drama Melayu tu, isteri dia didatangi oleh sorang laki hensem, kacak dan bergaya dan hitam itu menawan nak berkenalan dengan dia.Ha! Macam tu la yang aku cuba fikirkan. Boleh ke di saat2 ko perlukan seseorang, tetiba dia datang tepat pada masanya dan ko menolak?. Konon2 nak berkawan, nak bertukar2 fikiran atau bendapat, lama2 lain pulak yang dia NAK..Haish..
Kalau korang la, apa keputusan yang korang akan buat? Mm..Pernah tak korang terfikir perkara ini wahai perempuan sekalian? dan juga lelaki, pernah tak korang terfikir perkara ini akan terjadi pada diri korang mahupun isteri-isteri korang? (kata ganda isteri sebab manalah tau korang kawin lebih dari satu)
*Razi, ko jgn la pulak bygkan lelaki hensem yg nak berkenalan..Gay apa?!
Adakah aku ni jenis perempuan yang mudah terpedaya dengan godaan lelaki dan syaiton nirrojim??

Pernah jugak aku terdengar, kaum lelaki ini menganggap 'women are for fun'. Sumpah, laki jenis ini patutnya wujud masa zaman Jahilliyah je! Macam cerita Gubra, yang Adlin Aman Ramli dan Sharifah Amani berlakon jadi suami isteri. Bila kantoi yang dia ada skandal lain terus jadi gabra. Boleh pulak dia kate si skandal itu bodoh. Sanggup bagi segalanya. Siap comparekan yang skandal dia tak sebijak isteri dia..WTF laki jenis mcm ni..

Pas tu, pernah tak korang terfikir 'kalau la bf aku ada skandal lain, jangan harap aku akan terima dia balik'. Pernah tak? ( Baik korang ngaku je la). Sebab aku pun berfikiran mcm tu lah!. Haha.. TETAPI...
Aku juga pernah berdepan dengan kes mcm ni.(pehal kes2 ni..POYO je). Dulu aku selalu lepak dgn kawan2 dan membincangkan isu politik dan negara, masalah ekonomi serantau dan bagaimana nak memulihkan ekonomi negara.Tidak terkecuali bergosip sesama sendiri.(aku rasa, yg ini yg betul kot). Isu berbangkit adalah isu ini ('kalau la bf aku ada skandal lain, jangan harap aku akan terima dia balik').Wah! bukan main seronok aku dan kawan membicarakan tentang masa depan seolah2 xpayah baca buku pun tak pe(sbb esoknya kami ada test). Hampir 99.9% kawan2 aku bersetuju ya, kalu bf diaorang ada skandal, diaorang tak kan maafkan. Dan boleh la cari bf lain seolah2 bf itu boleh di beli di Pasar Kedai Payang atau di Maydin Mall(sbb dulu aku belaja kat Terengganu). Baru2 ini aku ber'sms' dengan salah sorang sahabat dunia akhirat ini. Lalu membawa perkhabaran yg kurang enak didengar. Salah sorang kawan aku yang lantang menyatakan dia tak kan terima balik bf dia kalau si bf ini curang, sebenarnya bf dia dah bertunang dengan wanita (wanita???) silap2 perempuan lain. Aku terus bertanya la dgn sahabat dunia akhirat ini.. "Abes dia mcm ne? Putus la dgn bf dia tu?". Sahabat dunia akhirat menjawab sambil gelak2, "tak weh..kawan macam biasa, sbb bf dia merangkap tunangan orang itu cakap bukan dia yg nak, tapi pilihan ibu dan ayah"."OK! baiklah, sangat PERCAYA!", kataku. " Lagipun si perempuan tak nak lepaskan laki tu,dan tak boleh terima hakikat.yalah, dah lama kot diorg couple" tambah beliau. Maksudnya, kini, lelaki tersebut telah menjadikan kawan aku yg sorang itu kekasih separuh masanya!

Takut kan rasanya jika diperboohkan sedemikian rupa..Aduh! bisa gugur jantung ini ya! Kadang2, kalau isteri atau gf da setia baik punya laki buat hal. Kadang2 sebaliknya la pulak..Haish..Kadang2 dua2 dah setia, ada pulak pihak ketiga yg mengganggu gugat kesetiaan..Skandal, kecurangan, perselingkuhan dan apa2 saja yang sinonim, boleh berlaku di mana2 sahaja. Kadang2 ianya berlaku di luar kemahuan kita.
Seeloknya cuba jauhkan diri dari terjebak ke kancah yang tidak sihat ini. Perbincangan ke dua2 belah pihak amat perlu bagi mengukuhkan ikatan. Sikap taat setia dan saling mempercayai membantu perjalanan proses kasih sayang dengan penuh aman damai..Ewah2.Pandai kan taip? Ok aku dah buat rumusan karangan Bahasa Melayu ya!

XOXO -ST-

7 Orang Tak Kisah ::

ismahsaibudin said...

oi ko dah macam boleh buat coretan suria kat surat khabar metro xpun kosmo hahahaha

Ervina Razali said...

aku suka entri nie..
tp nape byk name razi nie???
musyikil nie...

suban said...

1st step not to fall in love..
kurangkan percampuran antara lelaki dan wanita berkenaan urusan yang tidak perlu. manusia punya kelemahan, sebab tu Allah dah gariskan siap-siap dalam Al-Quran.

anda akan terselamat dari jatuh cinta..dan maslah kecurangan tadi tak prlu wujud..haha.

suria said...

ismah aka semut : bahahaha...lebih kurang la..cita2 tak kesampaian..

ervina : Razi (bukan nama sebenar)lupa nk gtau.hahaha...

suban : terima kasih ya :).

Ervina Razali said...

o0o0..ok
sori..lupe lak ramai org name Razi kt muka bumi nie..hpeflly nme sbnr dye bkn Mohd Fakhrurazi Jamaludin la ea...
hahahahah

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

jgn risau suria,xde laki nak jadikan ko punca mereka curang.sekian terima kasih.

suria said...

ervina: owh..bkn yg itu..
razi: haih..terase kah?bahahaha

Post a Comment

kalau berani tulis la!