Dulu aku pernah jadi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) lepas habis belajar. Itu pun atas desakan ibu sebab bosan tengok aku yang dah sebulan mengganggur-kat-rumah-tak-buat-pape. Maka, dirisik kepada semua sepupu- sepupu aku yg jadi cikgu tu, di tanya2 kot2 kat sekolah dia org ada cikgu bersalin ke, pergi kursus ke kan. Boleh la aku gantikan sebulan dua. Adoyai.Dalam hati aku berdoa mintak2 la da cikgu yang nak cari pengganti.

Satu hari sepupu aku yang cikgu tu datang rumah, membawa perkhabaran indah..( bagi ibu aku je la, bg aku azab weh).

"Bik Nol,SK Meru ada kosong.Cikgu tu bersalin.Suria mana?"

"Oh, ye ke? Nanti Bik Nol bgtau Suria. Dia kat atas, belum bangun tidur lagi tu"

"Haah. Yelah. Comfirmkan cepat kat sekolah tu eh. Kalau tak nnt PPD hantar cikgu lain."

Mak aku pun apa lagi, suruh la aku ni cepat2 apply. Hari tu jugak aku pergi sekolah tu.
Isi je borang, kerani tu suruh datang esok, terus masuk kelas untuk mengajar. Haihs..Macam tu je ke?

"Err..kak, tak da interview dulu ke? Tak kan Guru Besar tak nak jumpa dgn saya dulu?"

"Tak pe, datang je esok eh"

Esoknya aku datang sekolah tu. Aku pergi ke pejabat. Kerani tu bagi aku Buku Rekod Pengajaran Guru milik cikgu yang aku gantikan tu. Aku selak2 buku tu mcm la aku paham bebenor. Padahal aku tak tau nak buat apa lepas tu. Masuk bilik guru? Masuk kelas dan mengajar? Lokasi kelas kat mana?

Aku cuba bertanya kerani, "err kak, lepas ni saya nak kena buat apa?".

Kerani tu jawap, "lah..kan ada jadual dalam buku tu. Tengok la awak kat kelas mana skrg. Kalau tak tau kelas, pergi masuk bilik guru, tanya cikgu2 lain. Pastu syllabus subjek awak boleh tgk kat buku tu".

Aku, "GULP".Terima kasih Kak!

Hari first dah masuk kelas last. Aku masuk je......Kelas sunyi.Diam.Hening.
Seorang budak India bertanya "Cekdu..cekdu baru ka?". Aku senyum. Ketua kelas greet, diikuti murid lain. Subjek yg aku kena ajar adalah subjek Math. Aku tak da mood nak mengajar since tu hari first aku. So, aku pun bersuai kenal dgn murid2 aku tuh.

Budak-budak sekarang tak macam zaman kita dulu. Zaman sekarang aku tengok diaorg kurang respect cikgu. Aku tau aku cikgu sambilan, walaupun aku di suruh emak, tapi aku ikhlaskan niat aku mengajar bukan sebab mak shj. Hari 1st je aku dah bengang dgn diaorg. Main pemadam masa kwn yg lain tgh kenalkan diri. Bising. Bergaduh. Suka tuduh menuduh. Memang cabaran. Bila aku tanya je Math belajar sampai mana, aku pun pening. Buku text diaorg pelbagai pesen. Ada yg siap. Ada yg tak buat langsung. Aku pun tgk Buku Rekod Pengajaran tu.

Lupa pulak nk gtau. Aku mengajar darjah Lima. So, aku test diorg dengan sifir. Tak responsive lgsg! Rupa-rupanya, sifir dua pun diaorg tak hafal...Teruji bukan?

Habis kelas tu, aku takda kelas lain dah. Nak tak nak kena gak g bilik guru. Kot-kot ada cikgu yg ok. Boleh di ajak berborak dan bertanya.

Memang tak sia2 aku pergi bilik guru. Cikgu2 sekolah situ ok2 dan very helpful. Diaorg tny sama ada aku nak tak mengajar sesi petang? Sebabnya ade sorg cikgu GSTT ni nak menagajar pagi. Lagipun sesi petang kena ajar Darjah Dua. Cikgu tu kata ajar murid Darjah Dua lagi senang. "OK, fine, No hal", jawab aku.

Jadi, keesokan harinya aku datang petang. Aku kena jadi guru kelas Kelas 2 Nilam. 2Nilam ni kelas ketiga. Tapi mula2 aku masuk, muridnya jauh lagi bagus dari murid Darjah Lima semalam. Nampak je aku masuk, dia org keluarkan buku subjek yg aku ajar pada masa tu, iaitu BM. Baguskan! Tapi, seperti biasa, aku tak mengajar pun pada hari pertama. Sesi suai kenal berjalan dengan baik.

Lepas seminggu je mengajar sesi petang, aku mulai syg kat dia org. Tipu lah kalau takde yg nakal. Nama pun budak2. Tapi masih terkawal. Yang menangis2 kalau aku tak bagi dia peluang jawab pun ade. Yang nangis sebab kawan usik pun ada. Yang comel dan kelakar pun ada. Pernah sekali, diaorg bising, aku berdiri tegak, diam dan perhatikan saja gelagat dia org. Yang perasan tu mmg diam dan takut. Tapi sorang murid ni, nama dia Amin dia berdiri sambil jerit, "Korang, diam..diam..Tak nampak ke cikgu tgh marah". Fine aku tak jd marah!.

Selain ajar BM aku jugak ajar Maths darjah dua. Aku juga ajar kelas last darjah dua. Tapi subjek Maths aje. Tapi aku bias, aku lebih sygkan kelas 2Nilam. Haha, kata pun Guru Kelas!.

Kelas 2 Nilam mmg renponsive. Berebut-rebut dia org bila aku bagi soalan. Terutamanya Maths. Kecuali sorang murid. Nama dia Haikal. Dia duduk depan sekali. So, aku perasan la. Kadang2 tym aku tgh mengajar, dia boleh main sendiri. Dia laga-lagakan pensil dia sendiri. Lawan pemadam sendiri. Memang aneh. Pernah sekali, aku bagi soalan 6x6 equal to.......ha..sume berebut nak jawab. Tapi Haikal seperti biasa dgn dunianya. Aku syak dia ada Imagenary Friend.

"OK,Haikal.6x6 equal to?"

"Mmm...(sambil mengira2 jarinya), 36 teacher"

Aku musykil. Mcm ne dia boleh kira dgn jari? Lepas tu aku bagi kerja latihan kat dia orang. Aku suruh buat dalam buku latihan.

Haikal dipanggil dan aku tanya dia.
"Haikal main dengan siapa dlm kelas ni?"
"Dengan Amin", jawabnya.
"Tak, cikgu tengok Haikal suka main sorang2. Haikal ada tak 'kawan' yang Haikal sorang je boleh nampak, tapi cikgu dan kawan2 Haikal dalam kelas ni tak nampak"
Haikal tunduk. Seperti ketakutan. Dia geleng.
"Cikgu tak marah Haikal. Haikal jawab je la apa cikgu tanya ni. Selalu Haikal dengan 'kawan' Haikal tu main kat mana?"
"Kat bawah pokok rambutan. Kat depan rumah."
"Dia ikut Haikal pergi sekolah tak?"
Dia diam. Memandang sekeliling kelas. Aku cuak.

"Mmm..tak, cikgu"
"Kenapa?"
"Sebab dia sekolah lain cikgu. Dia bukan sekolah sini.Sebab tu cikgu dan budak2 lain tak pernah nampak dia".
"Errr..mmm..err..abis tu awak selalu main laga2 pensil dan pemadam dengan sapa?"
"Tak dengan sapa2. Dengan diri sendiri je".
"Owh.. Ok, pergi sambung buat latihan yg cikgu bagi ye".

Aku ketawa sendiri. Rasa bengong kat diri sendiri pun ada. Hahaha..Aku diperkotak-katikkan oleh budak umur 8 tahun. Bodoh betullah..bahahahaha..
Haikal lepas ditemuramah untuk Majalah Misteri

Tapi, pengalaman mengajar mmg fun. Seronok rasanya bila apa yang kita ajar, dia orang faham. Aku sempat tanda kertas ujian murid2 2Nilam. Keputusan dia org sgt memberangsangkan.
Maksudnya, tak hancur la budak2 kalau aku ajar. TERBUKTI!...hahaha
Dan Haikal dapat markah tertinggi dalam kelas bagi subjek Maths. 97%.

Ada lagi pengalaman aku yg jadi cikgu sebulan setengah. Antaranya aku conduct 2 Nilam ni utk pertandingan menyanyi lagu patriotik sempena bulan kemerdekaan. Comel tau anak- anak aku ni. heeee...


Comel kan mereka

Sepanjang sesi latihan.....Cikgu mereka ini sempat ambil gambar mereka..Berebut2 kau!



Ni lah antara pengalaman aku. Walaupun mula2 aku rasa tak suka tapi lama2 seronok pulak. Masa hari last aku ajar baru aku bgtau diaorg yg hari tu hari last aku..
Main-main diaorg dengan aku.." Alah cikgu tipu..." kate Amin..
Lantak korang la..Lepas je aku mintak maaf dan ucapkan kata2 terakhir dan beberapa pesanan untuk diaorg, aku keluar. Kelas sepi. Aku sebak.

XOXO-ST

6 Orang Tak Kisah ::

F. Hanim M. said...

budak2 kecik nakal mcm mane pun diorg ttp tahu siapa cikgu diorg.

cuba ko ajar skolah menengah?

trust me!!! said...

memula stress n berakhir dgn kesedihan + gembira. :)

fana said...

best nye jadi cikgu sekolah rendah.. huhu tak dapat aku bayang kan.. selamat pagi cikgu suria~~ hehehe cumey cumey

HM said...

wallaweh!! his imaginary fren or ur imaginary yg tinggi sampai ke langit?? cikgu yg prejudis!! haha!

Anonymous said...

la..:p

Unknown said...

jom berkenalan ngn kwn haikal di bawah pohon rambutan...
lalalala...

Post a Comment

kalau berani tulis la!