Aku selalu rasa teman lelaki aku tak cool. Contohnya, dia langsung tak pernah upload gambar kita orang keluar date sama kat FB. Yang aku nampak dia hanya pentingkan gambar dia bersama rakan-rakan berbanding dengan aku. Malah, ada satu album dia, dia letak gambar ikan belaannya. Lalu kutulis komen begini,

‘fine la U, gambar ikan boleh je u letak, gambar I takde pun’

Tidak lama selepas itu, terselit gambar aku satu. Tapi kat album ikan tu ya! Boleh? Oh! Terima kasih (nganjing). Ya, aku tau aku ‘cantik’ macam ikan.


Seterusnya, kadang-kadang aku bengkek la jugak bila status aku di FB langsung tak dihiraukannya. Jeles tau I tgk teman lelaki kawan-kawan I selalu balas komen teman wanitanya.

Maksud aku, bukan dia tak pernah langsung tapi, kalau dia nampak status baru aku apa lah salahnya dikomen juga kan. Pernah jugak, aku ‘conteng-conteng’ kat wall FB dia, haram jadah nak bagi tindak balas.

So not responsive! Bukan setakat tu, dia langsung tak pernah komen blog aku ni. Errr…pernah. Eh, tu pun sekali je tau! Kecik hati. Aku jamin weh, entri ni pun dia akan buat tak tau je. Baca memang baca, nak komen…….? Hmm..tak kannya.


Kalau part aku merajuk pulak, dia memang fail la. Yela, dah tengah merajuk aku lapar macam nak mati sekalipun kalau dia ajak makan mesti punya cakap TAK NAK punya. Bagi dia simple, aku dah tak nak, tak payah makan. Sebab tu kadang-kadang balik dating singgah drive thru McD! Tak pun makan nasi kat rumah je.

Kalau tengok wayang pun sama. Sebelum dating kemain lagi aku nak sangat tengok cerita tu. Bila dah merajuk of course la aku cakap ‘tak de mood ah nak tengok cite tu’. So, tak tengok la.


Lagi, banyak pulak keburukan dia aku nak bagi tau. Dia ni selalu harap bila dah kawin (ok, part kawin aku malu la nak cerita, tapi nak jugak cerita) dia nak aku duk rumah. Jaga makan pakai dia. Masak untuk dia. Jadi isteri solehah.

Aku tengokkan aje, kalau kita orang pergi book store, aku belek-belek buku resipi ke, aku belek-belek (yang ni sumpah malu nak bagitau) ‘Ciri-ciri Isteri Solehah’ ke, tak pernah pun dia ambik buku tu, lalu ke cashier dan membelikannya untuk aku! Tak pernah!


Hari tu laptop hasil titik peluh(Lulu nama dia) aku tu hilang. Aku ingat lagi tarikh Lulu hilang, 1 April 2010. Punya la aku nangis-nangis bagitau dia, dia rileks aje. Aku syak mesti dia ingat aku nak buat April Fool. Oh so not romantik! Pastu aku tanyalah dia, adakah dia ingat aku nak buat April Fool, dia jawab ‘Haah’..


Dah namanya perempuan kan so, kenalah pandai berkias. Banyak benda yang aku mahu tapi malu nak mintak aku kiaskan kat dia. Contohnya,

Aku : U, U pernah tak nampak I pakai jam tangan?

Teman Lelaki : Haah la, tak pernah nampak u pakai jam tangan.

Aku : Tu la, tak da siapa nak belikan.

Teman Lelaki : Ha, nanti da gaji U beli la sendiri.

Aku : Betul jugak (tp nada kecewa)


Alah, dah berkias tak dapat, aku guna direct je. Kalau agak-agak dah nak birthday aku tahun lepas, aku request la awal-awal apa yg aku nak. Macam hari tu aku nak buku Sidney Sheldon. Lalu ku nyatakan padanya aku nak buku tu, siap bagitau nama tajuk yang aku nak lagi. Cuma aku tak bagitau la nak beli kat mana. Bila tiba birthday aku, mmmmmm…sampai sekarang tak dapat.


Baru-baru ni birthday aku, aku dah malas nak harapkan apa-apa dari dia. Lantak la kau nak bagi ke tak nak bagi. Aku tak kisah (walaupun dalam hati masih mengharap kat buku Sidney Sheldon tu weeeehhhhh!!!). Malam birthday aku dia kata nak jumpa aku.

Wehooo..aku dah terbayang-bayang dah buku Sidney Sheldon tu weh. Pastu nak lagi romantik mesti dia belikan buku-buku yang dia pernah nampak aku berkenan la kaaan. 

Malam tu kita orang jumpa kat McD Meru. First-first tu dia dah suruh aku tiup lilin kan car park. Hehe, suka aku. Pastu aku jeling-jeling mana la hadiah aku. Ok! Nampak. Besar kau! Pastu dia serahkan la hadiah tu kat aku…

Aku : Apa ni?hehe..

Teman Lelaki : Semua yang U nak. Buku-buku yang U nak. Buku resipi. Apa yang U minat, semua ada dalam tu.

Aku : Sidney Sheldon’s?

Teman Lelaki : Ntah, ada kot. 

Aku : Tak nak la bukak..(orang sekeliling dah duk perhatikan aku je weh. Depa pun tak sabar nak tengok hadiah aku gamaknya)

Teman Lelaki : Orang dah bagi tak nak bukak pulak.

Ok, aku menjerit kat McD tu. Semua orang pun tau yang teman lelaki aku bagi LAPTOP!

Terima kasih Izzat. Walaupun I suka emo-emo dengan U, I suka marah-marah U, tapi U tetap sayang I. Dan dia pesan agar rajin-rajin update blog. Hahaha..OK!

Dan sebenarnya, Bila Kau Rasa Teman Lelaki Kau Tak Cool…….
Tapi sebenarnya dia sangat cool nak layan karenah kau. Nak layan kehendak kau. Nak layan permintaan kau.



p/s : yela-yela..pasni I tak tulis lagi pasal U. Nanti U malu kan dengan kawan-kawan U….

21 Orang Tak Kisah ::

F. Hanim M. said...

haha..
tp aku terbalik la beb..aku yg berperangai mcm bf kau...tp disebalik sume tu hanya arwah bf aku yg tau cmner aku syg dia..

Anonymous said...

so skang pe nama laptop yg u baru dpt tu..

Mr. IZZAT

WeSellButtonBadge said...

hargai teman lelaki anda..hahahaha..


ko kutuk bf ko aku pon terasa..name aku same cam die..wakakakaka

Unknown said...

cm trase lak aku...ngeeeee
org laki die syg tp xreti nk tnjuk....(cm aku kot)
bkn cm org ppuan......hr2 nk suro ckp syg..(menyampah)
2la.....ppuan ni xtau yg bf ni syg kt die....
aishhh..xtau cmne nk xplain.....

milah hasan said...

heh.. nice~ bab buku sidney sheldon tuh, hang tak yah beli dah.. mai pinjam aku.. byk kt umah ni.. hehe.. i pon big fan si mati itu.. keh3

fana said...

comel la prangai bf ko suria.. bagus la die tu.. (kembang die kalao die bace ni)

Die jenis tak tunjuk kot.. tapi dalam hati syg gile kat ko.. ego.. malu nak tujuk.. hehe..

my dad pun camtu gak... heheh pnt la jugak my mom berkias, tak dapat2... tapi bile sekali bagi... huuuuiii..

Anonymous said...

depa ni xtau yg kita sayang kat depa

fatihah mamatk said...

so sweet........

Ervina Razali said...

ko nye bf beh kurg bf aku je..
tp ad beza tikit tang bg hadiah tu..
lau aku mintak sstu dye akn bg tp lau ad wet la..
lau xde hampeh!

pastu lau blik dating mmg xmkn..sbb dye akn mkn kt umah..tp aku akn sggh kt Mcd drivethru tuk bli Mc Chicken..hihihi

Anonymous said...

sweettnye...

Anonymous said...

aku pon nakk nazirulll..!!! nak laptopp!!!

hana said...

salam dear...thru my experience..ur boy kinda cool n responsible person..u shud thankful..once u marry him u noe tht he is so nice n cooperative person...my hubby's personal character is similar like yours...anywy sometimes make me lemas of his buat x paham but actually kinda soo sooo...responsible and cooperative..hope u'll happy & of course berbahagia..dun ask more but doa tht he'll be more sayang you..tht's enuf..salam..

shimaa said...

best nye bf ko suria!! haha.

ravishingpeacock said...

ye ye die sgt cool ler hehe :)

Unknown said...

lantas dikala aku mendengar cerita enkau itu... aku nak dapat bf begitu.... mari ramai ramai aminkan... amin... amin... amin... (untuk malkuman aku bukan minta nama amin yeh)

Anonymous said...

kalau dia beli laptop tu dua. satu tu tuk bufday present ai .. lagi cool tau.

-kak mah-

Narina Joe "Najo" said...

cool gile bf kau...terpikat aku! eh maksud aku...aku tertarik dengan personaliti org yg sebegitu rupa...aku lg suka yg cool2 n tenang dr dapat bf yang hari2 duk call ko tanya dah makan ke belum...kat mana skrg? tgh buat ape tu? hari2 ok...hari2..! kalau sekali skala takpe jugak =) merimaskan ah...

FCUTEAM said...

kesian dekat bf u.. ^__^




Aiz latest entry
Blogger jenis apakah kamu? PENIPU?
Original waka waka bukan shakira la
Negara millionaire yang miskin



ingin buat link seperti ini juga? Klik disini

Duniakuabstrak said...

ceh3..sweet btol entry nih... bf da bg laptop bleh la ko puji..cuba kalau tak bg...hahaha

penyisir rambut said...

mmg betul la...
bf sy pon cmtu...
mcm tak fhm...
susah...

feyza said...

bestnye dpt bf mcm nie...bf i x mcm 2 pun..hampeh..huhu..

Post a Comment

kalau berani tulis la!