Hai, lame betul aku tak update blog. Aku tau korg kecewa. Ok aku perasan sorang!. Bukan aku tak nak update. Dalam pale otak ni byk benda yg aku rasa mcm nak update. Sampai masanya aku malas. Rilek je aku layan Happy Island kat Facebook tu ha. Siap ajak semua org jadi jiran aku sebab aku nk kutip-kutip sampah kat Island korg. Pastu aku boleh earn duit pastu boleh beli 'Attraction' dan 'Decoration' supaya byk pelancong dtg Island aku. Siapa-siapa nak jd jiran aku sila add aku sekarang. Best weh main game ni, sikit sebanyak korang ada idea nnt macam mane nak 'deco..deco..deco..' landscape untuk rumah korang. Tak payah susah-susah hire Landscape Architect. Oh, kawan-kawan saya yg sekarang jd Landscape Architect,jgn marah ya!.

Sementelah aku sedang bahagia 'deco..deco..deco..' Lala Land aku, wah! gitu nama Island aku dong, aku di datangi YM si Razi ngok ngek. Dia suruh aku jd maskot untuk blog dia. Agak-agak ok tak? Ok, kalau aku jadi maskot, dia pun perlu jadi maskot untuk blog aku. Kira Fair and Square lah orang putih kate. Tapi tiada kata persetujuan di capai oleh kedua-dua belah pihak sbb masing-masing tak nak kena kutuk. Haram jadah, aku ni yang suci dari kutuk-kutuk orang, diajarnya pula untuk mengutuk. Pastu dia suruh aku buat blog macam dia yg ada unsur-unsur porno. Ok, yg ni aku fitnah!.

Razi ni, kalau korang nak tau, memang terkenal dengan sikap dia yang suka mengutuk orang. Kalau korang gilakan pujian, aku nasihatkan jgn kawan dengan dia. Dia ni kalau kutuk memang berdezup. Kalau telinga tak cukup tebal seinci, tolong jgn lalu sebelah dia. Mesti ko kena bhn pny. Hehe..Tak Razi..Ko baik, hensem dan bersopan santun (aku tak tau la, pasni apa dia kutuk aku kat blog dia. Kata pun Maskot. Aku hanya mampu berdoa)..

Pernah sekali, Razi link kat Facebook video klip pasal satu rakyat di Malaysia.Video tu memaparkan sebuah lagu accent negeri tersebut yang mana penyanyinya berpakaian separa bogel. Ya, tak syak lagi beliau memang suka unsur-unsur exotik. Memang jijik. Kalau ianya berasal dari negeri tanah tumpahnya darahku pun aku memang kutuk. Haha, kantoi di sini, tadi aku kata aku tak kutuk orang. Ok, video yg aku tengok ni memang wajib dikutuk. Memang rendah betul moral wanita-wanita tersebut.
Korg bygkan, perempuan menari sambil digoncang-goncangkan badannya agar apa saja yang boleh bergegar pasti bergegar. Tak paham? Ok, tak payah pahamkan. Dan video itu bukan asal dari negeri aku. Aku pun kutuk jugak. Tapi, sikit pun niat mengutuk itu bukan berunsur RACIST. Kutukan yang aku berikan itu bukan dasar perkauman antara negeri- negeri di Malaysia. Tapi disebabkan aku jelek melihat aksi mereka menari mcm tu. Ambik, siap buat video klip lg kau. Tolong, aku bukan racist. Cuba tanya Rasis dia racist tak? Cuma, aku memang ada komen mcm ni lebih kurang "eish kalau MB korang tenguk mesti dia sedih". Dan aku sebut name MB tersebut. Ye, kalau kat Selangor pun aku akan ckp " eish, kalau Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tgk mesti sedih".

Pas tu dalam YM dia ( RAZI )tu tadi ada menyebut sorang budak yang turut komen kat link tu tak puas hati dengan aku.Dia kata aku kutuk rakyat negeri dia sbb aku tulis nama MB dia. Subhanallah. Kat komen tu, awal2 lagi aku cakap kalau dari negeri aku pun aku kutuk jugak! Tak pe lah, bg tak nak keruhkan keadaan, Dengan ini, aku secara rasminya memohon maaf secara tebuka kepada individu terbabit dan mana-mana pihak yang terasa. ( Tetiba rasa aku ni macam Aduka Turana pulak).

Aku pun tahu, niat Razi sekadar nak berkongsi klip video tersebut yg macam porno. Mungkin beliau minat ke kan.(Fitnah lagi). Aku ni jujur weh, kalau fitnah aku ckp fitnah. Kalau tipu mmg aku ckp tipu. Contohnya : Razi tu hensem tau (aku tipu).(contoh!).Penat la aku nk tekan-tekan shift sbb nk buat braket. Korang pun tau nilai kan. Tak, bukan aku suruh korg nilai Razi tu hensem ke tidak. Ada-ada je lah korang ni.

Berbalik dari cerita tadi, lepas je Razi bagitau budak tu terasa, aku terus bukak blog ini. Sekali lagi, Maaf ku pohon pada insan yg terasa. Aku ni manusia biasa. Acehceh..Terharu la korang..terharu la..cepat la terharu..(ok aku gedik)!
SEMANGAT SATU MALAYSIA

p/s : takut jugak kalau-kalau tetiba ada Group kat Facebook. "WE HATE SURIA TALKIS BECOZ SHE IS RACIST". Panjang group aku tu nyah. Pastu Razi pun gelak. Tak memasal Razi jd maskot kat blog aku..

9 Orang Tak Kisah ::

WeSellButtonBadge said...

hehe..lek suria..aku paham ape yg terjadi..salah paham je tue..

::mellankolia:: said...

apelah...
watak utama yg aku cube pahamkan..
adakah razi yg rasist???

::mellankolia:: said...

ish...ish..kalu dah menda yg sah2 tak elok..mmg patot kutuk..takkan nk puji kot..

Ervina Razali said...

hmm..pnjg sgt nie..
lth lak aku bc..
:)))

fana said...

huhu ni sape yang jadi maskot blog ko nih??? razi atau rasis??? haha

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

aku lagi faham tapi yang aku tak faham apsl byk sgt nama aku?kau suka tumpang populariti aku kan?hahaha...

mizz annie said...

oh. br ak perasan ak jd pangiran muda kt cni..besh2..hahaha!
neway, semangat satu malaysia!! yeah!

suria said...

Apek : tq kerana memahami

Raihana : tiada watak utama, watak utama xleh didedahkan. Razi ni maskot je.

Ervina : Tak reti la aku nak tulis pendek2.hahaha..POYO je aku ni

Paan : Rasis sebagai boneka, manakala Razi sbg maskot. paham?

Razi : Apa yg ko paham?ko tak back up aku pun??

Annie : yah, kamu pangiran muda!

fana said...

wohhooo... annie kamu jadikan pinggiran muda kat blog list kamu ek.. aku ni kamu pinggirkan terus??? *isk isk isk cuba membawa diri jauh dari blog Suria*

Post a Comment

kalau berani tulis la!